Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.maj.muÖ.an]/[pe.maj.mu.kan] | ڤمجموعن

Definisi : perihal (proses atau perbuat­an) memajmukkan, penghasilan atau pen­ciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemajmukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana proses pemajmukan?Pemajmukan ialah perihal (proses atau perbuat­an) memajmukkan, penghasilan atau pen­ciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dan sebagainya menjadi satu kesatuan. Pengabungan perkataan yang membawa satu makna yang tertentu disebut pemajmukan dan hasilnya disebut kata majmuk.Tatabahasa26.07.2018
apakah konsep dan proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan?Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan.

Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan.  Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan.

Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum.    

Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 57-78.
Tatabahasa28.07.2018
apakah yang dimaksudkan dengan pemajmukan istilah?Pemajmukan ialah perihal (proses atau perbuat­an) memajmukkan, penghasilan atau pen­ciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk.Makna01.02.2010
-MENGAPAKAH PROSES PEMAJMUKAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PEMAJMUKAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ?Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. Tidak ada kaedah yang dapat menentukan pemajmukan yang mana yang lebih baik antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Tatabahasa29.01.2017
Assalamualaikum. Saya menemui perkataan 'imarah" di dalam Kamus Dewan, tetapi tidak menemui perkataan "pengimarahan". Adakah "pengimarahan" tidak boleh digunakan? Terima kasih.

Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan.

Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan.  Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan.

Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum.    

Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak

Untuk makluman tuan/puan, kata dasar "imarah"  bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. Perkataan ini boleh dibentuk menjadi perkataan yang lain melalui proses pengimbuhan, seperti mengimarahkan, pengimarahan dan diimarahkan.

Tatabahasa26.12.2018
Salam sejahtera, Tuan; 1. Pembentukan kata kerja melalui proses penggandaan disebut "kata kerja ganda" atau "kata ganda kerja"? 2. Bagaimana pula dengan proses pemajmukan? samada "kata kerja majmuk" atau "kata majmuk kerja". Terima kasih.Pembentukan kata kerja melalui proses penggandaan dan pemajmukan disebut "kata kerja ganda" dan "kata kerja majmuk".Tatabahasa31.01.2013
boleh tuan jelaskan apakah jenis-jenis proses pemajmukan?

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk berdasarkan cara  ayat tersebut dibentuk iaitu:   

1. Ayat majmuk gabungan iaitu menggabungkan dua ayat atau lebih kepada satu ayat dengan cara  mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contohnya: Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.  

2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa bebas (ayat induk) dan satu klausa tak bebas (ayat kecil). Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu; i). Ayat (majmuk pancangan) relatif menggunakan kata hubung yang, contohnya: Saya membeli baju yang berwarna merah (Saya membeli baju + yang + Baju itu berwarna merah). ii). Ayat (majmuk pancangan) komplemen ialah ayat majmuk yang mempunyai bahagian komplemen yang menggunakan kata hubung bahawa dan untuk. Bahagian komplemen berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Contohnya: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara. (Dia mengetahui (sesuatu) + bahawa (kata hubung komplemen) + Ahmad telah bersara). iii). Ayat (majmuk pancangan) keterangan pula ialah ayat majmuk yang mempunyai ayat keterangan atau klausa keterangan di dalamnya dan disambungkan dengan kata hubung ketika, kerana, jika, dengan dan sebagainya. Contohnya: Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat (Saya tidak dapat hadir + kerana (kata hubung keterangan) + Saya kurang sihat.)

3. Ayat majmuk campuran ialah ayat mempunyai lebih daripada satu jenis ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan beberapa majmuk atau berbagai-bagai deretan ayat majmuk. Contohnya: Dia sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 18 Ayat Majmuk (halaman 497-522).

 

Tatabahasa12.12.2020
Kata majmuk mantap ialah bentuk perkataan yang terhasil selepas proses pemajmukan atau perangkaian dua perkataan. Dieja terpisah kecuali 15 kata majmuk mantap yang disenaraikan dalam TD. Apakah bentuk kata bagi perkataan seperti apabila, bagaimana, adakala, kenapa? Perkataan hari bulan BUKAN KATA MAJMUK, tetapi dua perkataan tersebut hadir bersebelahan untuk membawa maksud kesatuan yg khusus. Apakah bentuk perkataan ini? Terima kasih.Perkataan apabila, bagaimana, adakala dan kenapa memang bukan tergolong dalam kata majmuk.  Perkataan ini termasuk dalam kategori perkataan yang terkecuali yang dianggap telah mantap.Tatabahasa28.01.2016
Perkataan ketua, sebaya, pemuda & jurutera merupakan kata-kata yang mengalami proses pemajmukan atau pengimbuhan..??Semua contoh yang diberikan ialah perkataan yang menerima awalan ke, se, pe dan juru untuk membentuk kata terbitan yang baru. Lihat buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Awalan Kata Adjektif dan Awalan Kata Kerja untuk maklumat lanjut.Tatabahasa31.05.2011
Sekarang, mari kita lihat sumber-sumber menghasilkan barang-barang yang kita gunakan. Adakah ayat di atas betul dari segi pemajmukan kata nama? Terima kasih.Sekarang, mari kita lihat sumber untuk menghasilkan barangan yang kita gunakan.Tatabahasa23.05.2013
123

Kembali ke atas