Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.ju] | ڤماجو

Definisi : orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.ju] | ڤماجو

Definisi : orang (pihak dsb) yg memajukan: ~ perumahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta bantuan ejaan jawi untuk : PEMAJU PERUMAHANEjaan Jawi bagi perkataan Pemaju Perumahan ialah ڤماجو ڤرومهن
Ejaan05.10.2020
Jabatan kerap menerima permohonan daripada pemaju untuk menggunakan perkataan 'Residensi' dalam urusan penamaan nama taman/bangunan. Adakah perkataan ini boleh/sesuai digunakan bagi pembangunan berstrata atau bukan berstrata. Sebagi contoh, 'Tunas Residensi' yang berasaskan kepada nama syarikat/pemaju.Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency".Lain-lain11.06.2013
Kami sebuah syarikat pemaju perumahan ingin menamakan pembangunan kami dengan cadangan nama : RESIDENSI PURUN. Adakah penggunaan nama ini diluluskan oleh pihak DBP?. Sekian, terima kasihApakah kewajaran pemilihan nama RESIDENSI PURUN? Jika dikaitkan dengan nama tempat atau nama syarikat, penamaan ini boleh digunakan. Walau bagaimanapun jika pemilihan ini tiada kaitan dengan kedua-dua unsur tersebut, kami mencadangkan penamaan ini ditukar kepada nama yang lebih gah. Untuk makluman, purun bermaksud sejenis rumput atau rumpai (boleh lihat http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=purun), sedangkan untuk sesuatu penamaan itu adalah lebih baik nama yang kelihatan gah dan dinamik digunakan.Lain-lain09.01.2018
Mohon semakan ke atas cadangan pemaju untuk menggunakan nama skim pembangunan perumahan dan perniagaan dengan nama: PRIMA KUALA KANGSAR dan juga nama PUNCAK KUALA KANGSAR, mohon ulasan dan pandangan tuan terhadap 2 cadangan di atas, sekian terima kasihUntuk makluman, perkataan "PRIMA" bermaksud yang penting, yang terutama atau yang utama. Berdasarkan maksudnya, perkataan ini hanya sesuai diletakkan di bahagian belakang sesuatu nama. Contohnya: Ampang Prima dan Puchong Prima. Oleh itu, nama yang disyorkan ialah KUALA KANGSAR PRIMA. PUNCAK KUALA KANGSAR adalah betul dan boleh digunakan. Nama ini sesuai digunakan sekiranya skim pembangunan ini terletak di tempat yang tinggi.Tatabahasa21.03.2013
Mengapakah dalam ayat "Kontraktor Sivil, Mekanikal, Elektrikal dan Pemaju Perumahan", perlu menukar perkataan Elektrikal kepada Elektrik? Saya merujuk perkataan Elektrikal kepada Electrical Contractor dalam bahasa Inggeris.Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "electrical" ialah elektrik. Tidak ada perkataan "elektrikal" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah yang betul ialah Kontraktor Elektrik.Istilah25.08.2016
Saya ingin bertanya apakah terjemahan paling tepat bagi "Full stack Developer" dalam bahasa Malaysia. Adakah terjemahannya ialah "Pemaju Tindanan Penuh"?Dalam pangkalan data kami, "Full Stack Developer" tidak wujud, walau bagaimanapun, kami mencadangkan padanan bagi perkataan tersebut pembina tindanan penuh.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2019
maksud/istilah perkataan "SERI ALAM 2" dan dari segi ejaan yang tepat. ianya berhubung dengan sebuah syarikat pemaju yang bercadang ingin menamakan taman 'seri alam 2' untuk taman yang akan dibangunkanPenggunaan frasa Seri Alam boleh digunakan untuk penamaan taman.Tatabahasa10.06.2014
Hai. Bolehkah saya bertanya. Sekiranya sesebuah bangunan mempunya nama yang bercampur bahasa inggeris (Cth: Melawati Station), perlukah bangunan/pemaju tersebut mendapatkan trademark atau mendaftar untuk nama tersebut untuk digunakan pada papan iklan? Apakah proses/prosedur yang perlu diambil untuk menggunakan nama seperti ini? Saya ada ternampak papan iklan Sunway Serene dimana tiada logo TM atau R pada nama yang digunakan.Untuk menamakan bangunan ataupun penamaan lain untuk paparan di tempat awam, hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dengan ejaan dan nahu yang betul serta melambangkan citra kebangsaan. Pihak DBP memperakui penggunaan bahasa kebangsaan pada paparan awam dan tertakluk pada akta, garis panduan dan tatacara Pihak Berkuasa Tempatan.Lain-lain14.02.2020
permohonan semakan cadangan nama skim pembangunan mengandungi sebuah hotel (122 bilik) dan kemudahan hotel serta 12 unit kedai 2 tingkat dan 4 unit kedai 3 tingkat di atas lot 3543 Sungai Siput U, perak. Pemaju adalah Kumpulan MH Sdn. Bhd. Cadangan nama skim yang diberikan adalah MH SENTRAL, dengan mengambilkira nama syarikat iaitu MH. Dimaklumkan pembangunan terletak di pinggir jalan besar dan berhampiran dengan Pekan Sungai Siput U. Sehubungan dengan itu mohon ulasan dan pandangan terhadap cadangan nama skim iatu MH SENTRAL. Sekian, Terima Kasih MOHD NORULAMIN BIN AHMADMengikut struktur bahasa Melayu, penamaan yang betul ialah Sentral MH, bukan MH Sntral. Untuk pengesahan iklan dan penamaan bangunan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain02.07.2012
ADAKAH PERKATAAN RESIDENSI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK NAMA SKIM PEMBANGUNAN, BANGUNAN DAN TAMAN?Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk nama skim pembangunan, penamaan bangunan atau taman sahaja. Penggunaan perkataan ‘kediaman’ perlu digunakan untuk merujuk kata am, contoh dalam ayat: Pemaju membina banyak kediaman di kawasan bukit (betul). Ayat Pemaju membina banyak residensi di kawasan bukit (salah).Istilah07.03.2018
12

Kembali ke atas