Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.juan] | ڤماجوان

Definisi : perihal atau perbuatan memaju­kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.juan] | ڤماجوان

Definisi : usaha (kegiatan dsb) memajukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemajuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, kami merupakan Pengurus Perunding Projek, Hartanah dan Pemajuan. Kami telah diminta oleh pihak Berkuasa Tempatan MBSA untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan terlebih dahulu berhubung permohonan Nama Taman & Jalan sebelum dikemukakan untuk kelulusan. Terdapat tiga cadangan nama taman bagi satu projek perumahan di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu: 1. Taman Tasik Semanggi 2. Taman Tasik Hijau 3. Taman Kehijauan Semanggi Pemilihan nama cadangan ini adalah berdasarkan kepada sejenis bunga (Semanggi) yang merupakan konsep atau lambang bagi sebuah syarikat pemaju. Tapak cadangan ini juga terletak dihadapan sebuah tasik buatan (Kecil). Kami memohon untuk mendapatkan pandangan daripada pihak tuan berhubung cadangan di atas. Pandangan dan bantuan daripada pihak tuan amatlah saya hargai bagi melancarkan proses pemajuan cadangan pembangunan tersebut. Terima kasih.Tuan, daripada segi bahasa penggunaan nama "Taman Tasik Semanggi" dan "Taman Tasik Hijau" betul. Terpulang kepada pihak tuan untuk meilih nama yang lebih sesuai mengikut konteks dan lokasi taman tersebut. Penggunaan "Taman Tasik Hijau" sesuai jika lokasi tama tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok yang menampakkan kehijauan taman tersebut.Lain-lain12.12.2014
Tuan, 1. Mohon khidmat nasihat tuan berhubung nama kawasan pemajuan yang sesuai, iaitu sama ada: i. Pusat Komersil Intan Sentral; atau ii. Pusat Komersil Sentral Intan. 2. Jabatan saya akan menyediakan sebuah papan penceritaan (Storyboard) berkenaan sejarah Bangunan Mahkamah Lama Teluk Intan, setelah merujuk kepada Jabatan Warisan Negara, pihak kami diminta berhubung dengan pihak DBP berhubung penterjemahan versi Bahasa Inggeris. Nasihat tuan berhubung perkara ini. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "pusat" dan "sentral" mempunyai maksud yang sama dan tidak boleh diletakkan dalam satu frasa yang sama. Oleh itu, nama yang dicadangkan ialah PUSAT KOMERSIAL INTANTatabahasa10.09.2014
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera, Kami dari pihak Wong cs Architect ingin memaklumkan pihak tuan berkenaan Nama yang di pohon bagi nama pemajuan pangsapuri. iaitu "SIERRA ANGSANA " . Kami dengan ini meminta jasa baik dari pihak tuan meminta maklum balas dari segi pengunaan bahasa atau pun nama pembangunan " SIERRA ANGSANA " untuk memastikan pelancaran berurusan dengan pihak Majlis Bandaraya tidak di tolak. Dengan itu pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang di berikan oleh pihak tuan. Sekian Terima KasihUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa) berserta alasan pemilihan nama tersebut.Lain-lain27.04.2017

Kembali ke atas