Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.kan] | ڤماکن

Definisi : 1. orang (binatang dll) yg mema­kan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh ma­kanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.kan] | ڤماکن

Definisi : 1 orang atau binatang yg memakan. 2 orang dll yg kuat makan atau yg suka makan: Adiknya yg sihat itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemakan

Peribahasa

Seperti orang pemakan candu,
     dengan candu sampai mati.

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah dibiasakan, jarang dapat ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "meat reducer". Pemakan kurang daging? What is Meat Reducer (sumber: https://www.igi-global.com/dictionary/whats-new/68751) 1.A person who aims to reduce their meat consumption to a limit considered healthy or because of environmental and animal welfare reasons; alternative term for flexitarian. Learn more in: What's New?: A History of Meat Alternatives in the UK Find more terms and definitions using our Dictionary Search.Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "meat reducer" ialah pemakan fleksibel atau pemakan daging fleksibel.Lain-lain21.07.2021
Bolehkah guna perkataan pemayur mengantikan vegetarian? Contoh: Azli seorang pemayur. Betulkah ayat ini?Perkataan pemayur telah diterima dalam bahasa Melayu dan diberi kata seerti dengan vegetarian. Oleh itu, ayat  Azli seorang pemayur (pemakan sayur) betul.Ejaan02.09.2021
saya ingin menterjemah perkataan FEEDER kepada istilah BM dalam konteks ujian penilaian pemakanan dan penilaian yang dilakukan di hospital. ayat berbunyi FEEDER menggunakan bahasa tubuh badan dan suara yang boleh menarik perhatian kanak-kanakDalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan feeder ialah penghantar, pembekal, penyuap, penghubung, pengantara, pemakan dan penyumbang. Pemilihan perkataan berdasarkan konteks penggunaan.Makna02.07.2020
Apa khabar, Memandangkan pemayur adalah istilah dan kosa kata baharu dalam Bahasa Melayu bagi padanan vegetarian, bolehkah saya tahu akan kaedah DBP membina istilah tersebut? Adakah DBP menggunakan perkataan mayur dalam sayur - mayur dengan awalan pe- atau adakah mayur merupakan singkatan makan sayur beranalogikan istilah lama karnivor (maging =makan daging), herbivor (maun= makan daun) dan omnivor (maserba = makan serba) dilekatkan awalan pe- menjadi pemayur iaitu pemakan sayur.Untuk makluman tuan, istilah pemayur dibina oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dengan kerjasama pakar bidang Teknologi Makanan. Tatacara pembinaan istilah telah diperhalusi oleh pakar bidang sebelum sesuatu keputusan dicapai. Dewan Bahasa dan Pustaka menyebarkan istilah yang telah dibina untuk kegunaan khalayak. Tanggungjawab kita sebagai pengguna ialah menyebarkan dan menggunakan istilah yang telah dibina. Walau bagaimanapun jika tuan bercadang untuk membuat kajian tentang pembentukan istilah bolehlah berhubung terus dengan bahagian yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Istilah13.03.2018

Kembali ke atas