Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.kan] | ڤماکن

Definisi : 1. orang (binatang dll) yg mema­kan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh ma­kanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.kan] | ڤماکن

Definisi : 1 orang atau binatang yg memakan. 2 orang dll yg kuat makan atau yg suka makan: Adiknya yg sihat itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemakan

Peribahasa

Seperti orang pemakan candu,
     dengan candu sampai mati.

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah dibiasakan, jarang dapat ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIPLODOCUS

Diplodocus ialah dinosaur pemakan tumbuhan

yang benar-benar panjang dan lampai, yang hidup

150 juta tahun dahulu, di kawasan yang kini adalah

di barat Amerika Syarikat. Ia tergolong dalam

kumpulan dinosaur raksasa pemakan daun, yang

dikenali sebagai sauropod.

UMUM 
DUGONG

Dugong ialah mamalia pemakan tumbuhan yang

tinggal di perairan pantai yang cetek dan panas di

Laut Merah dan Lautan Hindi hingga sejauh Australia

di selatan.

UMUM 
TIRANNOSAURUS

Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah

dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup

kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat

yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama

Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna

cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam,

berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya

kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar

demikian tentunya menguasai semua haiwan lain,

membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik

bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex .

UMUM 
TIKUS BULAN

Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies

mamalia pemakan serangga dari China dan Asia

Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali

sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung

yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik.

Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies

yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna

hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan

tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga,

cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang

lebih kecil.

Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam

order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan

terbesar ialah Echinosorex gymnurus .

UMUM 
DIPROTODON

Diprotodon ialah marsupial terbesar yang

pernah hidup. Beratnya kira-kira dua metrik tan,

iaitu lebih kurang saiz badak sumbu. Diprotodon

ialah pemakan tumbuhan, yang tinggal di

Australia dan New Guinea.

UMUM 
RIBA

Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi,

yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di

sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj

faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar

maksimum yang sah di sisi undang-undang.

Orang perseorangan atau institusi yang

mengenakan kadar yang lebih daripada yang

dibenarkan di sisi undang-undang dikenali

sebagai pemakan riba .

UMUM 

Kembali ke atas