Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
landskap1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsur-unsur spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutama­nya pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri peman­dangan alam.Kamus Dewan Edisi Keempat
panorama1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (ke­adaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah­ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun.Kamus Dewan Edisi Keempat
latar belakang1. pemandangan dll yg men­jadi hiasan bagi sesuatu yg utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara (hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau pengaruh­nya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa; berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemandangan1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil memandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
umum I1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemandangan1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pandangpenglihatan terhadap sesuatu: melayangkan ~ melihat jauh-jauh; selayang ~ penglihatan sepintas lalu. berpandang-pandangan saling melihat; sama-sama melihat antara satu dgn yg lain: Orang besar-besar itu pula ~ antara satu dgn yg lain. memandang 1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang). memandangkan membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. terpandang 1 dpt dilihat; kelihatan; tampak: Tiba-tiba ~ olehku ular sawa melulur kambing. 2 tidak sengaja atau tiba-tiba saja memandang: Apabila keluar dr biliknya, ia ~ akan seorang gadis yg cantik. pandangan 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. berpandangan mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. pemandangan 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lawas Ilapang (bkn pemandangan, kawasan dll); luas. melawas 1 menjadi luas (bkn kawasan, pemandangan dll). 2 menjadi lega (perut dll). 3 menjadi lancar (mengenai perjalanan sesuatu). melawaskan menjadikan lawas; melegakan (perut): Utk ~ buang air besar, ia selalu makan buah-buahan. kelawasan keadaan lawas, keluasan; kelegaan. pelawasan hal (perbuatan dsb) melawas atau melawaskan: Injap ekzos mengawal ~ gas yg sudah terbakar keluar dr silinder. pelawas apa-apa yg dpt melegakan atau dpt melancarkan perjalanan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lawas Ilapang (bkn pemandangan, kawasan dll); luas. melawas 1. menjadi luas (bkn kawasan, pemandangan dll). 2. menjadi lega (perut dll). 3. menjadi lancar (mengenai perjalanan sesuatu). melawaskan menjadikan lawas; melegakan (perut): Utk ~ buang air besar, ia selalu makan buah-buahan. kelawasan keadaan lawas, keluasan; kelegaan. pelawasan hal (perbuatan dsb) melawas atau melawaskan:Injap ekzos mengawal ~ gas yg sudah terbakar keluar dr silinder. pelawas apa-apa yg dpt melegakan atau dpt melancarkan perjalanan sesuatu.Kamus Pelajar
pemandangan1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang.Kamus Pelajar
1234

Kembali ke atas