Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.du] | ڤمندو

Definisi : 1. orang yg memandu (menunjuk­kan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.du] | ڤمندو

Definisi : orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.du] | ڤمندو

Definisi : 1 orang yg memandu atau yg menunjukkan jalan; pandu: Mereka menjadi ~ kpd tentera pihak Berikat. 2 orang yg menjalankan atau membawa kenderaan: ~ teksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.man.du] | ڤمندو

Definisi : orang yg menunjukkan jalan; penunjuk jalan: Mereka berburu binatang dan mengambil upah menjadi ~ di dlm hutan. 2 kapal yg menunjukkan jalan di pelabuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMANDU AUTOMATIK UMUM 
SYAF PEMANDU

Syaf pemandu lihat Kereta.

UMUM 
STEWART, JACKIE

Stewart, Jackie (1939– ), salah seorang

pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya.

Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah

memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix

Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu

Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969,

tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara

pada tahun 1968 dan tahun 1972.

UMUM 
AURIGA

Auriga, juga dikenali sebagai Pemandu Kereta

Kuda atau the Charioteer, ialah nama buruj. Ia

berada antara buruj Perseus dengan buruj Gemini.

Capella merupakan bintang yang paling cerah

dalam Auriga. Dalam mitologi, the Charioteer selalu

mewakili Phaethon, anak Helios (lihat Phaethon ).

UMUM 
MOTEL

Motel ialah tempat yang menyediakan

kemudahan penginapan terutamanya kepada

pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di

persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan

pinggir bandar atau berhampiran lapangan

terbang. Semua motel menyediakan kemudahan

letak kereta secara percuma dan tetamu boleh

sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel

mempunyai restoran dan kolam renang.

UMUM 
DE SEVERSKY, ALEXANDER PROCOFIEFF

De Seversky, Alexander Procofieff

(1894–1974) ialah pemandu dan pereka kapal

terbang, serta pihak tentera Amerika. Reka bentuk

kapal terbang pejuangnya adalah yang termoden

bagi era 1930-an

UMUM 
MAKMAL PENDORONGAN JET

Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion

Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa

pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal

ini dikendalikan oleh California Institute of

Technology yang terletak di Pasadena, California,

Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi

pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa

Kebangsaan – National Aeronautics and Space

Administration (NASA).

UMUM 
MELIGAS

Meligas juga dikenali sebagai lumba abah-abah,

merupakan satu perlumbaan kuda yang popular.

Dalam meligas, setiap kuda menarik pemandu yang

berada di dalam kenderaan ringan beroda dua yang

dikenali sebagai sulky. Meligas popular di Australia,

Kanada, New Zealand, dan Amerika Syarikat, serta

kebanyakan negara Eropah. Berjuta-juta orang

menyaksikan perlumbaan meligas setiap tahun.

Kebanyakan perlumbaan berlangsung di trek

perlumbaan yang besar di mana orang ramai boleh

bertaruh ke atas kuda.

UMUM 
KRONOMETER

Kronometer ialah alat yang menjaga masa

dengan amat tepat. Pembuat jam menciptanya

untuk kegunaan pada kapal kerana pemandu arah

memerlukan jam yang tepat untuk menentukan

kedudukan mereka di laut. Ahli astronomi dan ahli

sains lain yang memerlukan pengiraan masa yang

tepat juga menggunakan kronometer.

UMUM 
DE PALMA, RALPH

De Palma, Ralph (1883–1956) ialah perintis

perlumbaan kereta lumba Amerika. Pada tahun

1915, dia memenangi perlumbaan 805 kilometer

Indianapolis Speedway dan menyandang gelaran

pemandu kebangsaan pada tahun 1912 dan

tahun 1914

UMUM 
123

Kembali ke atas