Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.fa.Öa.tan] | ڤمنفعتن

Definisi : perihal atau perbuatan me­manfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemanfaatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan untuk: 1. meneliti kesesuaian penggunaan bahasa bagi tema dan subtema yang akan digunakan untuk seminar dan mencadangkan perkataan yang tepat dan betul. Tema: Pemanfaatan Perubahan Bersama Pemimpin Masa Hadapan • Menggambarkan keupayaan pemimpin masa kini memanfaatkan perubahan di luar jangkaan secara fleksibel, kreatif dan tangkas (agile) bagi menghadapi dan mengurus masa hadapan yang mencabar Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak Dalam Menangani Perubahan ● Human Governance Dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara Dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaat Sumber Demi Kesejahteraan Bersama 2. memberikan istilah yang tepat bagi Human Governance dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Tema:
i. Pemanfaatan Perubahan oleh Pemimpin Masa Hadapan
ii. Keupayaan Pemimpin Memanfaatkan Perubahan
iii. Cabaran Pemimpin Memanfaatkan Perubahan 

Subtema:
● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak dalam Menangani Perubahan
● Tadbir Urus dalam Amalan Kepimpinan Positif
● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara dalam Mendepani COVID-19
● Bijak Memanfaatkan Sumber ... demi Kesejahteraan Bersama (lengkapkan sumber apa?)


Cadangan kami ini perlu disemak semula oleh pihak tuan kerana pihak tuan lebih arif tentang keperluan seminar tersebut.
Tatabahasa30.01.2021

Kembali ke atas