Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.kin] | ڤمڠکين

Definisi : faktor dsb yg mempercepat se­suatu tindakan (proses, perubahan dsb): ke-wujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pem-bangunan ekonomi sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.kin] | ڤمڠکين

Definisi : faktor, persekitaran dsb yg mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan: Kewujudan lebuh raya itu menjadi ~ kpd pembangunan ekonomi kawasan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemangkin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna perkataan PEMANGKINPemangkin bermaksud faktor dan sebagainya yang mempercepat se­suatu tindakan (proses, perubahan dan sebagainya).Makna07.07.2010
mohon beri makna dengan kata lain "PEMANGKIN"Pemangkin ialah faktor atau persekitaran yang mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan.Makna12.04.2011
Bolehkah perkataan katalis digunakan dalam bahasa melayu selain daripada pemangkin?Menurut data kami, perkataan katalis kerap digunakan di Indonesia dan di Malaysia perkataan pemangkin yang kerap digunakan.Lain-lain27.05.2019
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan pernyataan d.  , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat.Lain-lain22.01.2018
Tolong berikan maksud perkataan : tamsilan, kendatipun, uswah, sikap hidonisme, sikap altrisme, paradigma, holistik, pemangkin dominan,

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain02.11.2010
Sila semak perkataan 'anggota-anggota' dalam ayat di bawah sama ada betul atau salah dari segi tatabahasa. Jika salah, sila berikan jawapan yang betul. 1. Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktor pemangkin seseorang itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota-anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum ini.Ayat yang betul ialah:







Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktor pemangkin seseorang itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum ini.
Tatabahasa15.10.2021
Mohon pandangan kesesuaian ayat untuk MOTO sambutan ulangtahun majlis perbandaran selayang. 1. 20 Tahun MPS - Membina kesejahteraan 2. 20 Tahun MPS - Pemangkin pembangunan 3. 20 Tahun MPS - Menerus kecemerlangan 4. 20 Tahun MPS - Merentas zaman 5. 20 Tahun MPS - Berkhidmat utk semua 6. 20 Tahun MPS - Memaju, Membangun, Mensejahtera Terima Kasih.Pada pandangan kami, pihak tuan harus menentukan dahulu slogan yang hendak digunakan dan pihak kami akan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam slogan tersebut. Hal ini kerana pihak tuan lebih tahu, perkara yang hendak diketengahkan. Jika perkara perkhidmatan yang hendak ditumpukan, slogan "20 Tahun MPS, Berkhidmat untuk Semua" boleh digunakan.
Tatabahasa13.04.2017
Mohon bantuan pihak DBP untuk khidmat nasihat untuk mengalih bahasa: Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Kami berpendapat bahawa perkataan diatas bermaksud: Sistem Pemangkin Pengurangan Selektif (SCR) dalam bahasa melayu. Mohon khidmat nasihat dan pengesahan pihak DBP

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan Sistem Pengurangan Bermangkin Terpilih sebagai padanan untuk perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System.

Penyemakan dan penterjemahan23.07.2019
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI"Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.

Tatabahasa26.07.2013
saya memerlukan Jurnal berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam sumber manusia.

Sila rujuk bahan ini :

Mengharmonikan perancangan dan pembangunan sumber manusiaNasrudin MohammedDewan Ekonomi 01/03/1996Terperinci
 Pembangunan sumber manusiaMohd. Mokhtar Abu BakarDewan Masyarakat 01/05/1996Terperinci
 Pembangunan sumber manusia dan cabaran masa depanHasnah AliDewan Ekonomi 01/07/1996Terperinci
Pembangunan sumber manusia di MalaysiaKassim ThukimanDewan Budaya 01/02/1997Terperinci
Pembangunan sumber manusia pemangkin ekonomi (diwawancara olehTajulddin Muhammad)Kong How KooiDewan Ekonomi 01/08/1996Terperinci
Strategi pembangunan sumber daya manusia menghadapi abad ke 21Nik Mustapha Nik HassanDewan Ekonomi 01/01/1995Terperinci
Strategi pembangunan sumber manusia dalam kemelut ekonomiZaini UjangDewan Masyarakat 01/04/1998Terperinci

Lain-lain24.07.2008

Kembali ke atas