Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.su.han] | ڤمنسوخن

Definisi : perbuatan (tindakan dsb) me­mansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ pe-periksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.su.han] | ڤمنسوخن

Definisi : perihal (perbuatan) memansuhkan: ~ jawatan itu tidak disetujui oleh ahli-ahli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mansuh
Kata Terbitan : memansuhkan, pemansuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemansuhan penggunaan bahasa baku dalam mata pelajaran lain selain bahasa Melayu dan sektor-sektor lain mengancam kedudukan bahasa Melayu pada masa akan datang. Huraikan implikasi yang akan timbul kepada masa hadapan bahasa Melayu.

Saudara Mohamad Farhan,

Soalan begini memerlukan kajian dan rujukan. Oleh itu, saudara perlu membuat pembacaan, kajian dan rujukan tentang perkara ini di perpustakaan atau di pusat sumber di sekolah atau di tempat saudara.

Lain-lain30.04.2010
apa perbezaan antara pemansuhan dan pembatalan.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat pemansuhan bermaksud perbuatan (tindakan dsb) me­mansuhkan, pembatalan, penghapusan; dan  pembatalan bermaksud perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Oleh itu, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama.Makna10.12.2018
Adakah arahan penggunaan nama bahasa Malaysia sudah ditarik balik (dimansuhkan)? Jikalau benar, mohon nyatakan pihak yang mengeluarkan arahan pemansuhan itu dan tarikhnya.
Tidak isu tentang pemansuhan penggunaan istilah bahasa Malaysia kerana mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Tidak ada pindaan kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu.
Lain-lain23.12.2012
Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk tujuan perbincangan adalah sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu. Adakah terdapat kesalahan dalam ayat di atas? Terutamanya penggunaan perkataan adalah

Cadangan penggunaan yang betul ialah “Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk perbincangan sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan yang sedia ada atau penggubalan akta baharu”.

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA),

ii)Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.

Tatabahasa21.11.2023
Saufi Subri TUE 8:19PM Salam, betulkah perkataan "maklumat" telah dimansuhkan dan diganti dengan perkataan "informasi"?Tidak ada pemansuhan kata maklumat atau kata-kata lain. Kata informasi sebagai pilihan kepada khalayak sama ada hendak menggunakan kata maklumat atau yang seerti dengannya.Istilah02.08.2016
Salam. Apakah terjemahan yang betul untuk "Dissolution of the Monasteries"? Terima kasih.Untuk makluman tidak terdapat istilah khusus untuk dissolution of the monasterises. Walau bagaimanapun, terdapat istilah dissolution yang padanan bahasa Melayunya ialah penghapusan, pembubaran dan pemansuhan. Istilah bahasa Melayu untuk monastery ialah biara. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah penghapusan biara.Istilah06.12.2012
Apakah terjemahan yang betul untuk "Dissolution of the Monasteries"? Terima kasih.Untuk makluman tidak terdapat istilah khusus untuk dissolution of the monasterises. Walau bagaimanapun, terdapat istilah dissolution yang padanan bahasa Melayunya ialah penghapusan, pembubaran dan pemansuhan. Istilah bahasa Melayu untuk monastery ialah biara. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah penghapusan biara.Istilah19.12.2012
https://www.bharian.com.my/node/278659 Merujuk pautan di atas, pada bulan Mei tahun 2017 yang lalu, Kerajaan Negeri Melaka telah mewartakan supaya ejaan Malacca dalam Bahasa Inggeris dimansuhkan. Walau bagaimanapun, saya gagal menjumpai sebarang kemas kini dalam arkib DBP. Adakah pemansuhan ini masih berkuatkuasa, atau telah diterima sepenuhnya?Untuk makluman, DBP tidak pernah menggunakan ejaan Malacca bagi menggantikan ejaan Melaka. Kami hanya menggunakan ejaan Melaka sahaja.Ejaan26.08.2019
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan".Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna  yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat,  kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas.Makna14.08.2016

Kembali ke atas