Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.masy.hu.ran] | ڤمشهورن

Definisi : perihal memasyhurkan (me­nyiarkan berita dll): ~ kemerdekaan Per-sekutuan Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.masy.hu.ran] | ڤمشهورن

Definisi : perbuatan atau hal memasyhurkan; perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dsb: ~ kemerdekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masyhur
Kata Terbitan : termasyhur, memashurkan, kemasyhuran, pemasyhuran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya tahu yang mana lebih sesuai dan tepat : Perisytiharan Kemerdekaan Singapura atau Pemasyhuran Kemerdekaan Singapura? Apa perbezaan 'perisytiharan' dan 'pemasyhuran'?Perisytiharan ialah sesuatu yang diisytiharkan atau penryataan, manakala pemasyhuran ialah perbuatan atau hal memasyhurkan; atau perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan, namun ungkapan yang paling tepat ialah Pemasyhuran Kemerdekaan Singapura.Tatabahasa22.07.2015
Mohon penjelasan sama ada perkataan "Pemasyhuran" boleh digunakan di dalam majlis-majlis rasmi biasa atau hanya boleh digunakan di dalam majlis melibatkan protokol Istana?Permasyhuran bermaksud perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dan lain-lain, contohnya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemasyhuran bukanlah bahasa diraja dan boleh digunakan dalam konteks umum.Istilah12.10.2012
Salam, Saya hendak bertanya tentang penggunaan huruf besar yang betul bagi dua pernyataan yang berikut. 1. pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 2. pilihan raya Majlis Bandaran Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah: Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pilihan raya majlis bandaran/perbandaran atau Pilihan raya Majlis Perbandaran Bentong.Ejaan21.05.2012
Ismail Narasantikun Aug 2nd, 11:13pm Salam hormat dari saya dua kata ini adakah betul kedua-kedua pengisytiharan perisytiharanSalam hormat, 1. Pengisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. 2. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua kata itu betul dan boleh digunakan.Lain-lain02.08.2015
perisytiharan harta atau pengisytiharan hartaMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan; manakala pengistiharan pula ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman;Lain-lain29.09.2010
Assalammualaikum... saya nak bertanya mana yang lebih sesuai Soalan 1 Monogram Bandar Diraja ATAU Logo Bandar Diraja SOALAN 2 : Boleh atau tidak menggunakan ayat Pemasyhuran Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja ATAU Perisytiharan / Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Sekian terima kasih

Waalaikummussalam saudari Zi,

1. Logo Bandar Diraja

2. Perisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja.

Lain-lain04.10.2012
Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-CanselorIstiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut.  Makna05.05.2011
mana yg betul? Pengisytiharan atau perisytiharan Imbuhan yg betul perlu diguna utk perkataan yg bermula dgn huruf L cth: Lanjut- Perlanjutan atau Pelanjutan? Saya hanya pasti untuk Pelesenan (lesen). Tetapi tdk pasti utk kata nama perbuatan

Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran, contohnya: Mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisytiharan kemerdekaan. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, atau disebut juga pengumuman, pemakluman. Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.

Tatabahasa15.12.2010
Kastam Diraja Malaysia, WPKL akan mengadakan majis perisytiharan perpisahan di antara KDRM, KLIA dan KDRM, WPKL. Mohon pandangan pihak tuan mengenai penggunaan istilah pengisytiharan dan perisytiharan, apakah perbezaan dan dalam keadaan bila ianya sesuai digunakan.Kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih.Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: contohnya; mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisyitiharan kemerdekaan; manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman. Melihat kepada maksud kedua-dua perkataan tersebut dan contoh yang diberi, maka istilah yang paling sesuai ialah perisytiharan.Istilah12.03.2009
Salam. Boleh saya tau perbezaan perkataan PERISYTIHARAN dan PENGISYTIHARAN

Perisytiharan dan pengisytiharan merupakan kata terbitan. 

Perisytiharan bermaksud sesuatu yang diisytiharkan, pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran.

Contohnya: Mereka mendengar perisytiharan itu dengan khusyuk sekali.

 

Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, atau disebut juga pengumuman, pemakluman. 

Contoh: Pengisytiharan itu telah dibuat di Johor Bahru pada 22 Jun 1956.



Makna24.12.2020

Kembali ke atas