Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.tu.han] | ڤماتوهن

Definisi : perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.tu.han] | ڤماتوهن

Definisi : perbuatan, hal dsb patuh atau mematuhi: ~ yg membabi buta tidak akan mendatangkan kebaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pematuhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengesahan pematuhan nama Jenis PerniagaanSila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan.Tatabahasa27.12.2013
Betulkah "Management Assurance & Compliance Department " dijermahkan kepada "Jabatan PEngurusan Jaminan dan Pematuhan"?
Betul.

Jabatan Pengurusan Jaminan dan Pematuhan

Makna15.01.2019
Saya ingin meminta pandangan atau cadangan terjemahan untuk istilah "Compliance Universe", iaitu dalam konteks pematuhan oleh sesuatu organisasi yang merangkumi polisi, prosedur dan garis panduan dalaman yang mesti dipatuhi oleh semua kakitangan.Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "compliance universe". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pematuhan menyeluruh atau pematuhan komprehensif.Istilah14.09.2015
Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai maksud ayat dan penggunaan dua koma dalam ayat di bawah. Pegawai Jabtan ini boleh menjalankan, atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. Adakah ayat di atas bermaksud seperti dua ayat di bawah : 1. Pegawai JAS boleh menjalankan atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. (tanpa koma selepas menjalankan) dan 2. Pegawai JAS boleh menjalankan semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini ( tanpa atas perbelanjaan pengilang ) Maklum balas tuan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Maksud ayat tersebut sama dengan yang pertama, iaitu Pegawai JAS boleh menjalankan atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. Ayat tersebut juga boleh dibuat seperti ini: Pegawai JAS boleh menjalankan semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini dengan perbelanjaan pengilang.Makna19.02.2010
Kebanyakan masyarakat kini dilihat leka dalam pematuhan SOP penjarakan fizikal memandangkan ramai orang dilihat berkumpul dalam satu-satu masa khususnya di pasaraya atau tempat awam. Salam,Tuan/Puan.Bolehkah saya tahu ‘mengapakah ayat di sini kebanyakan masyarakat boleh digunakan’bukannya tulis ‘masyarakat’ sahaja?atau kebanyakan masyarakat dikatakan lebih sesuai? Soalan kedua:ayat di atas predikat ‘dalam pematuhan’betul atau salah?Saya kerap membaca karangan ‘penulis kerap menulis “dalam membicarakan atau lain-lain” Maksudnya penulis menulis dalam tambah ke belakang ‘mem’? Apakah perbezaan antara ‘orang ramai’ dengan ‘ramai orang’?
  1. Perkataan kebanyakan membawa maksud sebahagian yang banyak; jumlah yang terbesar. Penggunaan perkataan “kebanyakan masyarakat” dalam ayat tersebut menerangkan bahawa “sebahagian besar masyarakat”. Jika ditulis masyarakat sahaja bermakna semua orang dalam masyarakat tersebut.
  2. Kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
  3. Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang pula merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
  4. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa15.01.2021
mohon terjemahan bagi "as part of the due diligence exercise of the joint venture, company does not relies on the approved plan". Adakah sesuai dengan "disebabkan oleh pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasamaini, syarikat tidak bergantung kepada pelan yang diluluskan". ?Frasa yang betul dari segi tatabahasa ialah "disebabkan pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasama ini, syarikat tidak bergantung pada pelan yang diluluskan."Penyemakan dan penterjemahan19.08.2014
Assalamualaikum. Adakah terjemahan "mematuhi tahap kriteria pematuhan yang ditetapkan," adalah tepat bagi ayat "comply with the required levels of conformity criteria...."? Atau 'conformity criteria' disini perlu diterjemahkan kepada 'kriteria keakuran'? Konteks ayat adalah seperti dibawah: "comply with the required levels of conformity criteria, in terms of legal and financial aspects since establishment of the CTA." Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan08.11.2021
Berdasarkan rujukan surat tuan rujukan DBP/4-9/23 K.12(38) bertarikh 06 Julai 2009, Saya ingin mendapatkan kepastian arahan pematuhan dan pelaksanaan menyeluruh yang digunapakai di setiap negeri. Maklumat berkenaan diperlukan untuk melancarkan dan memastikan ketepatan percetakan Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri Tahun 2012.Untuk makluman tuan, bahagian berkenaan (yg mengeluarkan surat) telah disusun semula pada tahun 2010. Oleh itu, mohon kerjasama tuan memperincikan soalan untuk memudahkan kami membuat semakan terhadap dokumen yang berkaitan.Lain-lain25.10.2011
Assalamualaikum. Sebagai Bahasa Kebangsaan bagi negara mengikut Perlembagaan Malaysia, DBP & Lembaga Pengelolanya bertanggungjawab, melapor diri, dan liable kepada siapa? Yg Dipertuan Agong, PM, Jemaah Menteri (kementerian mana), Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman, atau siapa? Saya juga cadangkan penambahan kepada objektif DBP iaitu pematuhan pada penguasaan amali Bahasa Melayu (bertutur, membaca, menulis, dan memahami) oleh warga negara Malaysia sepertimana takrifan warga negara di Perlembagaan Malaysia. Terima kasih.DBP ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelaksanaannya di bawah kawalan Lembaga Pengelola DBP. Kami amat bersetuju dengan pandangan tuan, sewajarnya warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu dan menggunakannya pada setiap peringkat urusan lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi di dalam mahupun di luar negara. Syabas, kami ucapkan kepada tuan yang berusaha mengekalkan jati diri warganegara Malaysia walau di mana jua tuan berada.Lain-lain04.03.2019
Bersama ini disertakan sekali nama jabatan di dalam Bahasa Inggeris, saya ingin meminta kerjasama dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan nama jawatan tersebut di dalam Bahasa Melayu yang betul Compliance and Risk ManagementKami mencadangkan frasa Compliance and Risk Management diterjemahkan kepada Pengurusan Pematuhan dan Risiko.Lain-lain06.01.2014
12

Kembali ke atas