Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ca.an] | ڤمباچاءن

Definisi : 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ca.an] | ڤمباچاءن

Definisi : perbuatan atau hal membaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembacaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aktiviti pembacaan buku. Aktiviti membaca buku. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah Aktiviti membaca buku.Tatabahasa09.07.2023
Menurut pembacaan saya, DBP telah menerbitkan sebanyak 122 Daftar Istilah dan 63 Kamus Istilah. Apakah perbezaan maksud antara Daftar Istilah dengan Kamus Istilah?. Terima Kasih atas maklum balas pihak tuan.Daftar istilah mengandungi istilah dan padanan istilah sahaja. Kamus istilah mengandungi istilah, padanan istilah dan huraian tentang istilah tersebut.

Contoh entri dalam daftar istilah:
network   -  rangkaian
multilink  -  multipautan

Contoh entri dalam kamus istilah:
rangkaian (Ig. network)
Koleksi dua atau lebih komputer dan alat berkaitan yang disambungkan bersama ke alat komunikasi. Setelah disambungkan, setiap bahagian rangkaian dapat berkongsi perkakasan, perisian, dan maklumat. Jenis rangkaian yang paling lazim ialah LAN dan WAN.
Istilah08.06.2012
salam. melalui pembacaan saya di khidmat nasihat laman DBP berkenaan dengan tatabahasa yang betul bagi frasa "berdekatan dengan atau berdekatan". saya keliru dengan jawapan yang diberikan kerana ada jawapan yang mengatakan salah penggunaan "berdekatan dengan". tapi, bila saya scroll ke bawah, ada jawapan yang lain yang membolehkan penggunaan "berdekatan dengan". Mohon pencerahan. Diharap, pihak DPB memadamkan/membetulkan jawapan yang salah tersebut agar pengguna tidak keliru. terima kasih"berdekatan dengan" bermaksud 1. berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat),  2. dekat (dengan sesuatu), berhampiran dengan. Contoh ayat yang betul ialah: Rumah-rumah yang berdekatan dengan Sungai Pahang habis ditenggelami air. 
Tatabahasa15.01.2021
Ayat yang manakah yang betul? I Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran. II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya. III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya. harap berikan penjelasan. terima kasih.Ayat 1.Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran dan ayat II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya betul. Hanya ayat III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya walaupun betul tetapi jarang sekali digunakan.Tatabahasa16.11.2007
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan data dan statistik bagi pembacaan novel khususnya Novel Remaja pada masa kini? Ini adalah kerana saya sedang membuat kajian mengenai bacaan Novel Remaja dikalangan masyarakat Malaysia. Moga pihak tuan dapat membantu dalam penyelidikan saya. Terima kasih.Tiada kajian khusus berkaitan pembacaan novel, namun puan boleh menulis surat rasmi kepada Dr. Mohd Hanafi bin Ibrahim, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Aras 21, Menra DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui telefon 03-2147 9293/e-mel hanafi@dbp.gov.my.Penyelidikan31.10.2014
1. Ayat yang manakah yang betul? I semasa mesyuarat itu, Fauzi mempertajam percakapannya. II pembacaan dapat mempertajam pemikiran. III Pak Ramli mempertajam parangnya. IV Raziah mempertajam telinganya di dalam bilik. 2. perkataan yang manakah yang tepat? kita perlu minum untuk menggantikan/mengganti air yang keluar dari/ daripada badan.Ayat yang betul ialah, "Pembacaan dapat mempertajam pemikiran" dan "kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan"Tatabahasa31.10.2007
BERAPA PERATUS RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBACA DAN JUMLAH BUKU ATAU ARTIKEL/MAJALLAH YANG DI BACA DAN BANDINGAN PEMBACAAN DIKALANGAN NEGARA LAIN DIDUNIA. APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGGALAKKAN ORANG MEMBACA DI NEGARA INI DAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH NEGARA LAIN DI DUNIA.

Sila rujuk bahan ini :

1. Peningkatan pembacaan melalui pemasyarakatan perpustakaan oleh Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1 Jun 1993

 2. Masyarakat Malaysia malas membaca-hanya satu mitos oleh Maizura Mohd Ederis.Milenia Muslim.1 /01/2005

 

   

 Masyarakat Malaysia malas membaca - hanya satu mitosMaizura Mohd EderisMilenia Muslim01/01/2005

Lain-lain17.02.2008
saya ingin mengetahui apakah kesan positif pembacaan novel popular berbanding novel berat ke atas perkembangan intelektual pembaca.Membaca novel popular sebagai langkah permulaan bagi memupuk minat membaca bolehlah diamalkan. Namun yang sedemikian, pembaca perlulah bijak menilai dan memilih kandungan novel popular tersebut sama ada kandungannya mampu meningkatkan perkembangan intelektual.Sastera04.12.2020
Saya ingin bertanya penterjemahan bagi perkataan "community policing". Hasil pembacaan saya ada yang menggunakan istilah "kepolisan masyarakat", ada yang menggunakan istilah"kepolisan komuniti" dan ada juga yang menggunakan istilah "kepolisian masyarakat". Bagi pihak DBP apakah penggunaan atau istilah rasmi untuk perkataan "community policing" dalam bahasa Melayu. Harap pihak tuan dapat membantu kemusykilan saya. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk community policing dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk policing, iaitu pengawasan.  Oleh itu, padanan istilah yang kami cadangkan ialah pengawasan komuniti atau pengawasan masyarakat.Istilah19.09.2011
Saya kurang pasti mengenai faktor pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu. Melalui pembacaan penyerapan istilah asing, bentuk-bentuk serapan,istilah asing yang sudah lazim, pemilihan kata daripada Bahasa Melayu, pemilihan kata daripada Rumpun Melayu, perbendaharaan kata bahasa asal dinyatakan sebagai faktor. Adakah ini benar. Mohon penjelasan dan buku rujukan.Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah02.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas