Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ha.gi] | ڤمبهاݢي

Definisi : 1. yg membahagi(kan); 2. (Mat) bilangan yg dipakai utk membahagi; ~ dua (Mat) garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ persekutuan terbesar Id bilangan terbesar yg dapat membahagi beberapa bilangan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ha.gi] | ڤمبهاݢي

Definisi : angka yg digunakan utk membahagikan sesuatu angka yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembahagi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi water dispenser ? terima kasihDalam pangkalan data istilah DBP, terdapat istilah "chilled water dispenser" yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pembahagi air dingin. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "water dispenser" ialah pembahagi air.Istilah10.05.2016
Mohon untuk dapatkan penjelasan istilah Standing Water Dispenser dalam Bahasa Malaysia.Dalam data kami, terdapat istilah chilled water dispenser yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pembahagi air dingin. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi standing water dispenser ialah pembahagi air kekal.
Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah berdasarkan konsep atau fungsi sesebuah alat tersebut. Jika fungsinya lebih kepada fungsi menapis, alat tersebut boleh dinamakan sebagai penapis air kekal.
Penyemakan dan penterjemahan02.09.2014
Salam pihak DBP, apakah istilah BM untuk water dispenser atau drink dispenser? (bekas yang mempunyai alat seperti kepala paip kecil untuk buka dan tutup saluran air) Adakah BM boleh guna istilah bekas pembahagi air? Saya berharap pihak DBP ada cadangan istilah yang sangat sesuai dengan water/drink dispenser ini, sekian terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk istilah "water dispenser" ialah pembahagi air.Istilah07.02.2020
Selamat pagi tuan, saya ingin bertanya tentang water dispenser dalam bahasa Melayu. Terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah water dispenser ialah pembahagi air.Istilah09.10.2021
saya ingin pewajaran pihak tuan/puan tentang imbuhan awalan memper- dalam bahasa melayu. seperti yang kita tahu, imbuhan awalan adalah terdiri daripada meN-,beR-,peN- dan sebagainya. iaitu imbuhan yang diawal atau didepan kata dasar. walau bagaimanapun, dalam bahasa melayu muncul imbuhan kompleks atau asmah menamakannya sebagai imbuhan pembahagi. imbuhan ini dalam sesetengah buku memberi contoh seperti men-kan, men-i, ber-kan,ke-an dan sebagainya.jika dilihat ia seakan-akan imbuhan apitan. dalam hal ini, yang menimbulkan masalahnya ialah berkenaan imbuhan kompleks. berdasarkan makluman yang saya ada, imbuhan kompleks adalah sejenis imbuhan yang terdiri daripada dua dan atau tiga imbuhan yang berlaku secara berperingkat. contohnya imbuhan memper- dilihat sebagai salah satu bentuk imbuhan kompleks tetapi tidak dinyatakan oleh penahu sebagai bentuk yang kompleks. sedangkan ia mempunyai ciri-ciri imbuhan yang kompleks. berdasarkan senario tatabahasa ini, saya ingin bertanya mengenai imbuhan beR- yang mempunyai variasi iaitu berke-an, berseke-an, berpen- dan banyak lagi yang merujuk kepada (berkemahiran, bersekedudukan, berpendapat). imbuhan beR- ini berdasarkan pendapat saya adalah kompleks. oleh itu saya amat mengharapkan pewajaran dari pihak yang berkenaan mengenai masalah ini iaitu tentang imbuhan memper- dengan ber- yang mempunyai bentuk yang kompleks.dan apakah yang membezakan kedua-dua jenis imbuhan ini?Imbuhan BeR- membentuk kata kerja. Perkataan yg menerima awalan ini menjadi kata kerja yg bersifat tidak transitif sama ada yg memerlukan pelengkap atau yg tidak memerlukan pelengkap. Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan beR-  yakni beR- yg digabungkan dengan semua kata dasar (Rujuk dalam TataBahasa Dewan hlm 161-hlm 176). Manakala awalan mempeR- juga pembentuk kata kerja yg wujud hanya dalam satu bentuk. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan peR. Namun demikian, dalam ayat aktif peR- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi dipeR-dalam ayat pasif (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan hlm 177- 183) Terima kasih.   Tatabahasa16.09.2008
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya adakan perkataan berimbuhan "menggandaduakan" atau "digandaduakan" wujud dalam bahasa Melayu? Kata asalnya ialah "ganda dua" Contoh ayat: Jika nombor pertama digandaduakan, hasil tambah tiga nombor menjadi 22. Mohon betulkan kesalahan dalam ayat tersebut. Terima kasih.Kata berimbuhan digandaduakan terakam dalam Kamus Pelajar dalam huraian, iaitu punca kuasa ialah istilah pembahagi sesuatu kuantiti yang apabila digandaduakan akan memberikan nilai kuantiti tersebut. Kata menggandaduakan juga terakam dalam data kami dalam huraian istilah Malaysia untuk pengganda voltan (voltage doubler), iaitu litar yang boleh menggandaduakan voltan. Istilah14.12.2018
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih.

Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

1. door lock = kunci pintu

2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan

3. lorry wooden body = badan kayu lori

4. lorry body part = bahagian badan lori

5. door holder = pemegang pintu

6. ventilation plate = plat pengalihudaraan

7. nylon bush = sesendal nilon

8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat

9. fastener = pengetat

10. cargo truck = trak kargo

11. partition hanger = penyangkut pembahagi

12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium

13. corner angle = sudut/penjuru/bucu

14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo

15. rubber stopper = penahan getah

16 door seal = penutup pintu

17. mud flap = penahan lumpur

18. door hinge seal = penutup engsel pintu

19. curtainsider tensioner = penegang penutup

20. roller shutter = penutup jendela gulung

21. lorry steel body = badan besi lori

22. lorry box van body = peti lori bersaiz van

23. handle lock = kunci pemegang

24. handle = pemegang

25. lock = kunci

26. oil tank cover = penutup tangki minyak

27. gas spring absorber = penyerap spring bergas

28. aluminium profile = profil aluminium

29. awning = sengkuap

30. LED room lamp = lampu bilik LED

31. LED pilot lamp = lampu panduan LED

32. LED side lamp = lampu sisi LED

33. LED tail lamp = lampu belakang LED

Istilah19.12.2019

Kembali ke atas