Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ha.gian] | ڤمبهاݢين

Definisi : perihal membahagi(kan): dlm ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan drpd mendapat habuannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ha.gian] | ڤمبهاݢين

Definisi : 1 hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 hitungan membahagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembahagian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBAHAGIAN ADIL UMUM 
PEMBAHAGIAN UMUM 
MINGGU

Minggu ialah pembahagian masa yang

mengandungi tujuh hari. Tidak diketahui dengan

tepat bagaimana pembahagian masa ini bermula,

tetapi orang ibrani purba adalah antara orang

pertama yang menggunakannya. Menurut buku

Genesis dalam Bible, dunia ini dijadikan dalam masa

enam hari dan pada hari ketujuh, atau hari Sabbath,

ialah hari untuk berehat dan beribadah.

UMUM 
KAUNTI

Kaunti merupakan pembahagian wilayah

sesebuah negara, negeri atau daerah di luar

bandar yang ditubuhkan sebagai satu unit kerajaan

tempatan.

UMUM 
KANTON

Kanton merupakan pembahagian kawasan

pentadbiran dalam beberapa negara di Eropah.

UMUM 
RIYADH

Riyadh, wilayah di bawah kerajaan Arab Saudi

yang ke-113 mengikut sistem pembahagian wilayah

Arab Saudi. Lihat Arab Saudi .

UMUM 
KALA

Kala ialah ciri kata kerja yang menunjukkan masa

sesuatu perbuatan. Terdapat tiga pembahagian

masa – kini, lampau dan depan (kelak).

UMUM 
MADINAH AL-MUNAWWARAH

Madinah al-Munawwarah , salah satu

daripada 13 wilayah di dalam kerajaan Arab Saudi

berdasarkan sistem pembahagian wilayah di Arab

Saudi. Lihat Arab Saudi.

UMUM 
EMPAYAR ROM TIMUR

Empayar Rom Timur lihat Empayar Byzantine;

Rom Purba (Kebangkitan dan kejatuhan; peta;

Pembahagian Empayar Rom Timur).

UMUM 
SITOLOGI

Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman

dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur

sel dapat memberi penjelasan tentang proses

pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian

genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan

bahawa setiap struktur mempunyai fungsi

tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan

perubahan pada kandungan kimia yang

membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian

tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga

Sel.

UMUM 
123

Kembali ke atas