Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ha.gian] | ڤمبهاݢين

Definisi : perihal membahagi(kan): dlm ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan drpd mendapat habuannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ha.gian] | ڤمبهاݢين

Definisi : 1 hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 hitungan membahagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembahagian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eusocialityeusosialBiologiEkologiSistem sosial serangga yang mempunyai pembahagian-pembahagian kerja di kalangan morf, dan hanya ratu sahaja yang dapat membiak. Sistem sosial seperti ini sangat baik dalam mengekalkan kemandirian sesuatu populasi serangga.
cell divisionpembahagian selPerubatanTiadaProses pembiakan sel melalui pembahagian, bermula dengan pembahagian kromosom diikuti dengan pembahagian sitoplasma.
cell divisionpembahagian selPerubatanTiadaProses pembiakan sel melalui pembahagian, bermula dengan pembahagian kromosom diikuti dengan pembahagian sitoplasma.
meiosismeiosisBiologiHistologi dan SitologiProses pembahagian nukleus yang membahagikan nukleus diploid menjadi empat nukleus haploid dan melibatkan dua proses pembahagian berturut-turut, iaitu pembahagian meiosis pertama dan pembahagian meiosis kedua.
herbal classificationpengelasan herbaHerbaTiadaSistem pembahagian herba kepada kumpulan mengikut urutan abjad, taksonomi, morfologi, farmakologi atau terapeutik dan kimia atau biogenetik. Pembahagian mengikut abjad terdapat dalam dokumen farmakopeia, pembahagian mengikut taksonomi terdapat dalam buku farmakognosi, pembahagian morfologi terdapat dalam buku botani, pembahagian farmakologi atau terapeutik terdapat dalam buku perubatan herba dan pembahagian kimia atau biogenetik terdapat dalam buku fitokimia.
amitosisamitosisPerubatanTiadaPembahagian sel tanpa melibatkan pembahagian kromosom dan pembentukan gelendong.
short divisionpembahagian pendekMatematikTiadaProses pembahagian yang ditunjukkan secara singkat berbanding dengan pembahagian panjang. Hanya yang dibahagi, pembahagi hasil bahagi dan baki (jika ada) yang ditunjukkan.
mitoticmitotikKejuruteraanTiadaBerkaitan dengan pembahagian tak langsung atau pembahagian kariokinesis.
equational divisionpembahagian samaBiologiGenetikPembahagian membujur setiap kromosom kepada dua kumpulan yang sama yang akan memasuki dua sel anak yang berlainan. Misalnya, pembahagian kromosom yang akan memisahkan kromatid seinduk pada peringkat anafasa dalam mitosis.
division by zerobahagi dengan sifarTeknologi MaklumatPerisianPembahagian yang dilakukan dengan pembahagi sifar. Dalam pengaturcaraan, pembahagian yang melibatkan nilai integer dengan pembahagi sifar akan menyebabkan atur cara itu dihentikan dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, pembahagian yang melibatkan nombor terapung akan menghasilkan nilai yang tidak memberi makna atau bukan merupakan nombor. Dalam piawaian nilai terapung IEEE yang digunakan oleh kebanyakan pemproses terkini menyatakan bahawa setiap operasi aritmetik titik terapung termasuk pembahagian dengan sifar mempunyai nilai yang tertentu. Dalam piawaian aritmetik IEEE 754, x/0 adalah infiniti positif (+∞) apabila x adalah positif, infiniti negatif (-∞) apabila x adalah negatif dan bukan satu nombor jika x adalah sifar. Pembahagian integer dengan sifar pula dikendalikan agak berlainan berbanding angka terapung kerana tiada perwakilan integer bagi mewakilkan hasil operasi ini. Terdapat pemproses yang akan menjanakan sampukan jika terdapat usaha untuk melaksanakan operasi ini, manakala pemproses yang lain akan menghasilkan keputusan yang salah. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan, operasi seperti ini akan menyebabkan atur cara tersebut berhenti serta-merta atau menghasilkan ralat ‘divide by zero’.
12345678910...

Kembali ke atas