Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ha.ruan] | ڤمبهاروان

Definisi : perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembaharuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'zaman pembaharuan' kata nama khas?
Menurut data kami, zaman pembaharuan tidak tergolong dalam kata nama khas.
Lain-lain17.11.2016
Adakah kata sendi "pada, di, dalam" sesuai digunakan dalam frasa berikut: "pada zaman pembaruan", "di zaman globalisasi", "dalam zaman moden"? Bolehkah "dalam" atau "di" digunakan untuk menunjukkan masa?Penggunaan yang gramatis ialah pada zaman pembaharuan kerana pada menunjukkan keterangan waktu. Namun penggunaan di zaman pembaharuan dan dalam zaman pembaharuan jika boleh digunakan bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa13.01.2012
Assalamualaikum, Saya kurang suka akan pembaharuan laman sesawang e-kamus DBP. Saya tidak boleh akses bicara kata/saran kata terbaharu yang dimasukkan. Hanyar kata- kata yang ada maklum balas/komen sahaja tersenarai. Mengapakah sebegini? Saya suka ambil ilham daripada kata-kata baharu yang disarankan untuk digunakan dalam pertuturan harian. Minta diperbaiki semula. Terima kasih.Kami ambil maklum aduan tuan dan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain04.04.2017
INNOVATORORANG YANG MEMBAWA PEMBAHARUANMakna30.11.2010
Sekiranya status semakan banting adalah 'Tidak lulus' adakah proses pembaharuan banting tidak dapat dilakukan? Adakah pihak berkuasa tempatan akan mengenakan tindakan sekiranya melihat banting yang tidak mendapat kelulusan dari pihak DBP? Dan apakah kesan - kesan lain dari status penyemakan in?Untuk makluman tuan, DBP menyemak penggunaan bahasa dalam paparan iklan, manakala yang meluluskan atau yang mengeluarkan lessen ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Oleh itu, jika berlaku situasi yang tuan nyatakan, pihak PBT yang berkenaan akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan.Lain-lain06.06.2013
Saya sering menggunakan khidmat istilah Melayu - Inggeris. Nampaknya setelah dibuat pembaharuan saya sudah tidak tahu lagi bagaimana nak menggunakan kemudahan berkenaan. Tolong.

Untuk makluman tuan, DBP telah melaksanakan penambahbaikan sistem penyampaian yang sedia ada. Tuan masih boleh melayari laman sesawang DBP seperti biasa untuk membuat rujukan, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudari hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain28.05.2009
cara untuk mendapatkan dua pas ke majlis/acara dalam 2 minggu saja lagi pembaharuan laincara untuk mendapatkan dua pas ke majlis/acara dalam 2 minggu sajaTatabahasa17.07.2008
Salam, saya ingin bertanyakan tentang ayat "membaharui" insurans atau "memperbaharui" insurans, atau adakah ia dipanggil "pembaharuan" insurans. Terima KasihKedua-duanya betul, lazimnya digunakan membaharui lessen, iaitu menjadikannya baharu.Tatabahasa09.06.2015
perkataan berlawanan dengan dinamik?Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan, perkataan berlawanan yang hampir dgn dinamik ialah pasif (walau bagaimanapun perkataan berlawanan yg paling tepat bagi pasif ialah aktif)Lain-lain02.08.2007
Berikut adalah ciri-ciri kompentensi usahawan KECUALI A Tidak berani menanggung risiko. B Berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. C Membuat pembaharuan untuk keperluan pelanggan. D Aktiviti keuntungan dan sumbangan pada masyarakat dan negara. Tuan, adakah perkataan kecuali perlu dibesarkan semua hurufnya atau huruf kecil sahaja? dan Adakah jawapan di a,b,c, d perlu bermula dengan huruf kecil atau besar. Terima kasih.
  1. Penggunaan yang betul ialah ditulis dengan huruf kecil. 
  2. Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa09.11.2021
1234

Kembali ke atas