Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ha.ruan] | ڤمبهاروان

Definisi : perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembaharuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public administrative reformpembaharuan pentadbiran awamPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha untuk mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran daripada kurang cekap kepada yang lebih cekap dan berkesan. Dror (1976) menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuat pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan dinamika organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku. Antara faktor penyebab berlakunya reformasi ialah taraf pendidikan yang semakin meningkat, pertambahan bilangan penduduk, desakan awam, peningkatan teknologi, era globalisasi, persaingan ekonomi dan sebagainya.

administrative reformpembaharuan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan struktur dan sistem pentadbiran. Ia merupakan usaha pengubahsuaian yang sengaja dilakukan, melibatkan penerapan nilai-nilai dan teknologi baru dalam sistem kerajaan yang sedia ada. Caiden, seorang sarjana pentadbiran awam, mentakrifkan pembaharuan pentadbiran sebagai usaha mendorong perubahan pentadbiran kepada sesuatu yang baru dan berbeza dengan yang sedia ada. Manakala Yehezkel Dror mentafsirkan pembaharuan pentadbiran sebagai perubahan yang terarah bagi ciri-ciri utama sesuatu sistem pentadbiran. Quah pula mentafsirkan pembaharuan pentadbiran sebagai percubaan yang terancang untuk mengubah struktur dan prosedur birokrasi serta tingkah laku birokrat awam yang terlibat bagi meningkatkan keberkesanan organisasi.

avant-gardeavant-gardeKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan,latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
avant-gardegarda depanKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
avant-gardeavant-gardeKesenianDrama dan TeaterPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-gardemerujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-gardejuga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-gardeberasal daripada perkataan Perancis 'vanguard'yang bermaksud ‘barisan hadapan’.
civil service reformpembaharuan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha memperkenalkan pelbagai bentuk perubahan dalam perkhidmatan awam yang dilakukan melalui penerapan nilai kerja yang baru dan teknologi moden. Reformasi perkhidmatan awam ini juga melibatkan pengenalan kepada sifat kerja yang lebih produktif, teknologi pentadbiran yang sofistikated, keutamaan kepada kualiti, pengurusan yang saintifik, perancangan strategik dan budaya kerja yang berteraskan teknologi maklumat. Perubahan peranan perkhidmatan awam juga bertujuan untuk memperbaiki sistem pentadbiran, meningkatkan kecekapan serta kepimpinan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara yang selari dengan tuntutan semasa. Melalui pembaharuan ini, peranan perkhidmatan awam sudah berkembang bukan sekadar untuk menjaga keamanan dan ketenteraman melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, tetapi juga menjadi agen pembangunan, perancang dan pelaksana pembangunan serta peneraju atau pelopor dalam usaha mencapai matlamat dan wawasan negara. Oleh itu, peranan perkhidmatan awam perlu sentiasa dikemaskini supaya selari dengan kehendak pembangunan negara. Contohnya, pengenalan kepada Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad.

renewalpembaharuanPentadbiranTiadaTiada
renewalpembaharuanPerpustakaanTiadaTiada
renewalpembaharuanPentadbiranTiadaTiada
renewalpembaharuanUndang-undangTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas