Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.la.kan]/[pem.ba.la/.kan] | ڤمبالقن

Definisi : kerja-kerja (usaha) membalak: beliau dipercayai menghasut kaum Penan supaya menentang kerajaan tentang operasi ~ yg dijalankan di kawasan kaum Penan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.la.kan]/[pem.ba.la/.kan] | ڤمبالقن

Definisi : usaha atau kerja-kerja membalak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembalakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin menyemak pertukaran bahasa inggeris ke bahasa melayu. Untuk perkataan "Reduced Impact Logging", jika ditukarkan ke bahasa melayu, adakah betul "Pembalakan Kurang Impak"? atau "Pembalakan Yang Kurang Impak" Sekian, terima kasih. -Fazleeayu-Salam sejahtera,

Kedua-dua frasa tersebut betul. Tetapi, berdasarkan artikel Prof. Madya Dr. Mohd Hasmadi Ismail (http://www.upm.edu.my/artikel/pembalakan_kurang_impak_ril_menjamin_kelestarian_hutan_negara-30196) beliau menggunakan frasa pembalakan kurang impak.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa16.01.2019
Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang membelenggu negara kita. Penggunaan baru dalam ayat tepat atau penggunaan baharu lebih tepat?Penggunaan yang paling tepat dalam ayat ini ialah baharu kerana baharu dalam ayat ini berfungsi sebagai kata adjektif seperti rumah baharu.Tatabahasa30.03.2014
Assalamualaikum saudara, Saya agak keliru dengan penggunaan imbuhan akhiran -an dan akhiran -kan sebagai contoh perkataan pembalakan dan pembalakkan. Saya harap agar saudara dapat membantu saya dalam menyelesaikan masalah ini. Sekian,terima kasih.Berdasarkan contoh yang diberi 'pembalakan', proses yang berlaku ialah apitan kata nama peN-...-an, iaitu peN- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b menjadi pem + balak + an jadilah pembalakan, bukan akhiran ...-an atau ...-kan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 121.Tatabahasa28.01.2011
Salam, "Kalau di Twitter, ada orang cakap, pembalakan tu atas tujuan komersial (aktiviti yang sah). Penebangan pula adalah secara tidak sah. Aktivitinya sama." Boleh tolong terangkan? Saya terkedu ni. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pembalakan ialah usaha atau kerja-kerja membalak manakala penebangan pula bermaksud perbuatan atau hal menebang (pokok dan lain-lain)Makna20.08.2021
Adakah ayat ini betul? Adakah terdapat kesalahan? Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pembalakan akan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.Ayat "Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pembalakan akan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas" adalah betul. Perkataan "realiti" boleh juga ditukar kepada "hakikatnya"Lain-lain23.05.2016
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'mengenai'. Jika dilihat, 'mengenai' berasal dari kata dasar 'kena' dan jika diubah kepada ayat perbuatan akan menjadi seperti 'peluru itu mengenai bahagian kiri badan mangsa'. bagaimana pula dengan ayat ini ; saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas 'mengenai' isu pembalakan haram. adakah ayat ini betul atau pun 'mengenai' perlu ditukar kepada 'tentang'. penggunaan mengenai dan tentang terlalu mengelirukanKata mengenai dalam ayat peluru itu mengenai mangsanya berfungsi sebagai kata kerja (membawa maksud kena pada). Kata mengenai dalam ayat ...perkara di atas mengenai pembalakan haram berfungsi sebagai kata sendi dan boleh juga bertukar ganti dengan kata sendi tentang.Tatabahasa13.12.2007
dimanakah kegunaan huruf k iaitu satu k dan dua huruf k, cth : mengalakkan atau mengalakan. harap dapat memberi penjelasanDalam proses pembentukan kata,semua kata dasar yang menerima apitan peN-...-an atau ke-...-an akan membentuk kata nama terbitan contohnya pembalakan,kebanyakan manakala kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan dan di-...-kan akan membentuk kata kerja terbitan contohnya menggalakkan dan dimasakkan.Tatabahasa28.06.2007
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Golongan berpendapatan rendah selalunya (berdaya) hidup dalam kesengsaraan. (b) Beribu-ribu rakyat Malaysia (terdedah) menyaksikan perbarisan pada Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. (c) Bulan (mengambang) pada hari ke-15 mengikut calendar Cina setiap bulan. (d) Setiap hari, ibu menggunakan (bulan) untuk menanak nasi. (e) Markah peperiksaannya telah (timbul) kerana dia rajin belajar. (f) Sampah-sarap (ditimbul) sebelum dibuang. (g) Sudahlah saya (terbilang) apa yang akan dilakukan oleh Kok Leong. (h) Hidup Man Chong sekeluarga (longgar) sejak kakaknya berkahwin dengan seorang jutawan. (i) Pembalakan yang (longgar) itu telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015

Kembali ke atas