Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.la.san] | ڤمبالسن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan) membalas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.la.san] | ڤمبالسن

Definisi : perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembalasan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEMESIS

Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang

penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah

lambang kepada semangat membalas dendam.

Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang

melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada

hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan

jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini,

perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat

kepada pembalasan.

UMUM 
HALAL

Halal, hukum membenarkan sesuatu perbuatan yang dilakukan. Seseorang yang melakukan perbuatan yang halal tidak tertakluk kepada apa-apa bentuk pembalasan kerana melakukan sesuatu yang tidak ditegah, malah diharuskan.

AGAMAKonsep
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM 

Kembali ke atas