Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ban.cuh] | ڤمبنچوه

Definisi : 1. orang yg membancuh; 2. alat utk membancuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ban.cuh] | ڤمبنچوه

Definisi : 1 alat yg digunakan utk membancuh. 2 orang yg kerjanya membancuh: ~ ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembancuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'drip coffee' boleh dikekalkan dalam bahasa Inggeris?Jika perlu diterjemahkan, bolehkah ia diterjemahkan sebagai 'kopi drip'?Dalam data rujukan kami, terdapat istilah drip coffee maker yang dipadankan sebagai pembancuh kopi titisan. Pembancuh ini menggunakan kaedah titisan air panas.

Penyemakan dan penterjemahan02.03.2018
SALAM SATU MALAYSIA. SAYA INGIN BERTANYAKAN BAHASA TERJEMAHAN BAGI "BATCHING PLANT" YANG SERING DIGUNA PAKAI SEBAGAI ALAT MEMBANCUH SIMEN. ADAKAH TERJEMAHAN NYA IALAH MESIN PEMBANCUH SIMEN?

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'batching plant' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan ialah loji pengelompokan.

Istilah12.10.2010
Apakan padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu bagi istilah atau gelaran untuk 'seseorang tukang yang mahir dalam membancuh kopi dan minuman dalam kedai kopi atau kopitiam?Cadangan kami ialah pembancuh kopi.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain15.07.2010
1.apakah istilah yang paling sesuai digunakan untuk seseorang yang melakukan kerja membancuh air di kedai makan? 2.saya difahamkan ayat "novel ini mengisahkan tentang percintaan dua orang remaja" adalah salah.saya ingin mengetahui mengapakah ayat ini dianggap ayat yang salah.1. Boleh digunakan "pembancuh air" tetapi lazimnya kita menggelar mereka pembantu di kedai makan.
2. Mengisahkan ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek (percintaan) selepasnya. Oleh itu, kata sendi nama tentang tidak boleh hadir selepasnya.
Tatabahasa10.07.2012

Kembali ke atas