Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ris] | ڤمباريس

Definisi : kayu lurus bersenggat yg dipakai utk membuat baris atau mengukur sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ris] | ڤمباريس

Definisi : alat yg digunakan utk membuat baris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembaris


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Antara buku,pensil dengan pembaris,buku itu yang paling mahal harganya. 2)Beg itu terletak di antara pembaris,pensil dengan buku. Bolehkah tolong saya betulkan ayat-ayat tersebut?Ayat yang betul ialah:
1. Antara buku, pensel dan pembaris, buku itu yang paling mahal harganya.
2. Beg itu terletak di antara pembaris, pensel dan buku.
Tatabahasa08.06.2012
1. Nora membeli buku atau pembaris di kedai. 2. Nora membeli buku dan pembaris di kedai. Yang mana satu ayat menggunakan kata hubung dengan betul? Sekian, terima kasih.Ayat penyata yang betul ialah " Nora membeli buku dan pembaris di kedai ".  'dan' merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama sifatnya.Tatabahasa22.08.2011
Lelaki yang lurus macam _______itu selalu dibuli oleh rakannya –rakannya. A. pembaris B. bendul Kenapa jawapan pembaris salah?Lurus macam bendul merupakan bahasa kiasan yang telah pun mantap penggunaannya.Tatabahasa31.03.2007
Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak __ (herot-berot /bengkang-bengkok)Jawapan yang betul ialah: Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak herot-berot.Tatabahasa09.06.2012
Salam sejahtera. Apakah penjodoh bilangan bagi pembaris. Manakah yang betul bagi ayat ini. Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua-dua orang ibu bapanya. atau Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua orang tuanya.Penjodoh bilangan bagi pembaris ialah batang. Ayat yang betul ialah Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua-dua ibu bapanya.Tatabahasa23.06.2008
Slm, Mohon semak ayat di bawah. Adik menggunakan pembarus supaya garusan yang dibuatnya/dibuatkannya lurus. Thanks :)Adik menggunakan pembaris supaya garisan yang dibuatnya lurus.Tatabahasa24.07.2015
a)Batu itu saya lontar ke dalam sungai. b)Tikar itu dianyam oleh nenek saya. ~Adakah ayat-ayat ini ayat pasif? a)Mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku @ lagu " Negaraku". b)Meng Kiat membawa pen,pemadam dan pembaris.Adakah di depan perkataan dan perlu letak tanda baca"koma(,)?

1. Batu itu saya lontar ke dalam sungai. Tikar itu dianyam oleh nenek saya. - kedua-duanya ayat pasif

2. Mereka sedang menyanyikan lagu "Negaraku".

3. Tidak perlu tanda koma sebelum dan. 

Tatabahasa21.07.2011

Kembali ke atas