Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bas.mi] | ڤمبسمي

Definisi : orang (alat dll) yg membasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bas.mi] | ڤمبسمي

Definisi : 1 orang yg membasmi. 2 alat, ubat dsb yg digunakan utk membasmi: Ubat apa yg digunakan sbg ~ penyakit malaria di negara kita ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembasmi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eradicantpembasmiPerhutananTiadaTiada
eradicantbahan pembasmiBiologiPatologiBahan, termasuk pestisid, yang digunakan untuk membasmi patogen, terutama sekali pada sumber inokulumnya.
eradicantbahan pembasmiKimiaTiadaBahan, termasuk pestisid, yang digunakan untuk membasmi patogen, terutama sekali pada sumber inokulumnya.
eradicant fungicidefungisid pembasmiBiologiPatologiFungisid yang digunakan untuk membasmi kulat patogen pada atau di dalam sel perumah atau persekitaran secara menyeluruh. Sebahagian besar fungisid dalam kumpulan ini ialah fungisid sistemik.
biopesticidebiopestisidPertanianAgroteknologiBahan pembasmi serangga perosak yang berasaskan bahan semula jadi seperti haiwan, tumbuhan, bakteria dan mineral. Contohnya, minyak kanola dan soda penaik boleh digunakan sebagai racun perosak. Kebanyakan biopestisid bersumberkan mikroorganisma seperti bakteria, kulat, virus dan protozoa sebagai bahan aktif. Biopestisid yang paling banyak digunakan adalah daripada bakteria Bacillus thuringiensis yang membunuh larva untuk beberapa spesies serangga. Biopestisid juga boleh terdiri daripada bahan biokimia yang dihasilkan oleh organisma seperti hormon seks yang berfungsi mengganggu aktiviti persenyawaan serangga. Kaedah ini dapat mengurangkan populasi serangga perosak.
fenarimolfenarimolBiologiPatologiNama am fungisid pelindung dan pembasmi yang kadang-kadang boleh bertindak juga secara sistematik. Fungisid ini banyak digunakan untuk mengawal penyakit rabuk.
chloroquinoxklorokuinoksBiologiPatologiNama am fungisid sistemik dan pembasmi yang banyak digunakan untuk mengawal penyakit rabuk berserbuk pada bijirin.
bleaching powderserbuk pelunturKimiaTiadaCampuran kalsium hipoklorit, kalsium klorida dan kalsium hidroksida yang diperoleh daripada tindak balas klorin ke atas kapur mati. bahan ini bertindak dengan asid cair lalu menghasilkan klorin. Serbuk peluntur ini digunakan sebagai agen peluntur dan ubat pembasmi kuman.

Kembali ke atas