Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.suh] | ڤمباسوه

Definisi : 1. orang yang kerjanya membasuh, pencuci; 2. alat yang digunakan untuk membasuh, pencuci: mesin pembasuh kain; pembasuh balai (meja) belanja bicara; pembasuh mulut minuman atau penganan sesudah makan nasi; pembasuh tangan upah yang diberikan kepada orang yang disuruh bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.suh] | ڤمباسوه

Definisi : 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembasuh

Puisi
 

Kapal puan berisi manik,
     Jambu air tepi perigi;
Tuan datang silalah naik,
     Ambil air pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Akan pembasuh kaki (= tangan).

Bermaksud :

Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyam kelabu pakai topi, Rotan selingkar jatuh ke lubuk; Inilah air pembasuh kaki, Inilah tikar setempat duduk.
Kurik Kundi Merah SagaKapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaRendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaKanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki.

Kembali ke atas