Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ta.lan] | ڤمبطلن

Definisi : perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ta.lan] | ڤمبطلن

Definisi : hal atau perbuatan membatalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembatalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa perbezaan antara pemansuhan dan pembatalan.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat pemansuhan bermaksud perbuatan (tindakan dsb) me­mansuhkan, pembatalan, penghapusan; dan  pembatalan bermaksud perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Oleh itu, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama.Makna10.12.2018
Saya ini bertanya; 1. apa bezanya kata "pengkenselan" dan "pembatalan" dalam senarai dikeluarkan jabatan pengajian tinggi (seperti lampiran) 2. sejak bilakah kata "pengkenselan" ini digunapakai secara rasmi dan diserap ke dalam bahasa Melayu. Maklum balas pihak tuan sangat dihargai. sekian terima kasih.Tidak ada istilah "pengkenselan" dalam pangkalan data kami, istilah yang baku ialah pembatalan.Tatabahasa31.05.2011
Salam, terjemahan paling tepat bagi" Active Noise Cancellation (ANC)" (Bidang teknologi) "Active Noise Cancellation (ANC) uses noise-cancelling speakers to reduce unwanted background noise."Cadangan terjemahan bagi Active Noise Cancellation (ANC) ialah "Pembatalan Hingar Aktif"Makna18.04.2022
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan".Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna  yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat,  kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas.Makna14.08.2016

Kembali ke atas