Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ta.lan] | ڤمبطلن

Definisi : perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ta.lan] | ڤمبطلن

Definisi : hal atau perbuatan membatalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembatalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iqalahpembatalanPerniagaan IslamTiadaPembatalan semua bentuk akad yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, kecuali akad perkahwinan. Contohnya, pembatalan akad jual beli dan tindakan membatalkan akad yang telah termeterai adalah sah asalkan barangan yang terlibat dalam akad urus niaga masih ada dan kekal seperti keadaan asal. Sekiranya barang tersebut rosak, maka pembatalan akad adalah tidak sah.
pro rata cancellationpembatalan pro rataPentadbiran PerniagaanTiadaPembatalan kontrak insurans di bawah satu polisi atau bon dengan premium yang dikenakan mengikut jangka masa polisi berkuat kuasa.
cancellation of notificationpembatalan notifikasiHerbaPeraturan dan PemasaranLihat pembatalan pemberitahuan.
cancellation penalty waiverpengecualian penalti pembatalanPelanconganTiadaSurcaj pembatalan yang dikecualikan atas sebab tertentu.
certificate revocationpembatalan perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTindakan menarik semula perakuan yang boleh dilakukan oleh autoriti perakuan atau pemilik perakuan tersebut. Biasanya, pembatalan ini terjadi apabila kekunci perakuan tidak sah.
abolition of muzaraahpemansuhan muzaraahEkonomiEkonomi IslamPembatalan akad muzaraah yang telah dipersetujui antara pemilik tanah dengan pengusaha. Pembatalan boleh dibuat atas permintaan sama ada oleh pemilik tanah atau pengusaha sekiranya projek penanaman belum dimulakan. Projek penanaman dianggap telah bermula sekiranya pengusaha telah memulakan kerja penanaman di tapak berkenaan. Oleh itu, penyediaan benih tanaman sama ada oleh pemilik tanah atau pengusaha tidak dianggap sebagai telah bermulanya projek penanaman. Pemansuhan boleh berlaku dengan dua cara, iaitu pemansuhan tanpa kerelaan dan pemansuhan dengan kerelaan.
cancellation of notificationpembatalan pemberitahuanHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan memansuhkan pemberitahuan produk kosmetik dengan arahan bertulis oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang produk kosmetik yang gagal mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Sinonim pembatalan notifikasi.
abort-take-offberlepas batalAeroangkasaTiadaPembatalan sesuatu tindakan, contohnya membatalkan penerbangan yang hendak berlepas.,Sistem sua yang menggunakan alat pandu arah radio yang memberi panduan menegak dan sisi kepada juruterbang ketika hendak mendarat.,Pembatalan sesuatu tindakan, contohnya membatalkan penerbangan yang hendak berlepas.
noncancellable policypolisi tidak boleh batalinsuransTiadaKontrak insurans kesihatan yang tidak boleh ditamatkan selagi premium dibayar oleh insured. Kebanyakan polisi insurans membenarkan pembatalan dibuat sama ada oleh insured atau insurer tetapi bagi polisi ini pembatalan boleh dibuat oleh satu pihak sahaja.
noncancellable policypolisi tidak boleh batalPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak insurans kesihatan yang tidak boleh ditamatkan selagi premium dibayar oleh pihak yang diinsuranskan. Kebanyakan polisi insurans membenarkan pembatalan dibuat sama ada oleh pihak yang diinsuranskan atau insurer tetapi bagi polisi ini pembatalan boleh dibuat oleh satu pihak sahaja.
12345678910

Kembali ke atas