restriction enzyme | enzim pembatasan | Biologi | Genetik | lih. endonuklease pembatasan. |
restriction site | tapak pembatasan | Biologi | Genetik | Turutan bes apabila endonuklease pembatasan memotong molekul DNA, biasanya pada titik simetri dalam turutan palindrom. |
restriction endonuklease | endonuklease pembatasan | Biologi | Genetik | Enzim yang memotong DNA pada tapak pengenalan yang khusus. enzim pembatasan. |
host-controlled restriction | pembatasan kawalan perumah | Biologi | Genetik | Sistem pengenalan DNA pada bakteria yang menyebabkan enzim pembatasan bakteria perumah mengerat DNA asing yang tidak dikenali, tetapi tidak mengerat DNA yang pernah dikenali. variasi kawalan perumah. |
restriction map | peta pembatasan | Biologi | Genetik | Diagram molekul DNA linear atau bulatan yang menunjukkan tapak-tapak yang dikenali oleh enzim pembatasan yang berlainan. |
restriction fragment length polymorphism | polimorfisme kepanjangan serpihan pembatasan (RFLP) | Biologi | Genetik | Kelainan genetik antara individu yang boleh dikesan dengan membandingkan serpihan DNA hasil daripada penghadaman dengan satu atau lebih enzim pembatasan. |
root-bound | pembatasan akar | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan keadaan akar tanaman berwadah yang terlalu padat dalam bekas seperti polibeg atau pasu. Keadaan ini berlaku apabila isi padu bekas terlalu kecil untuk menampung pertumbuhan akar pokok yang sedang membesar. Pembatasan akar menyebabkan pertumbuhan pokok atau tanaman akan terbantut kerana tidak dapat menyerap nutrien dan air secara berkesan. Untuk mengatasi masalah ini, pokok perlu dicabut dan ditanam semula dalam bekas yang lebih besar dan akar berlebihan akan dicantas. |
linker | penghubung | Biologi | Genetik | DNA bebenang ganda dua pendek yang mengandungi tapak pemotongan enzim pembatasan yang digunakan untuk menghubung segmen DNA yang ingin diklonkan kepada vektor pengklonan dan sekali gus memasukkan tapak enzim pembatasan tersebut. |
restriction | pembatasan; penyekatan | Matematik | Tiada | Tiada |
ridging | pembatasan | Pertanian | Tiada | Tiada |