Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.wa] | ڤمباوا

Definisi : 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.wa] | ڤمباوا

Definisi : 1 orang yg membawa sesuatu: ~ berita. 2 benda yg membawa sesuatu: kuman ~ penyakit. 3 orang yg mengemudikan kenderaan; pemandu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembawa

Peribahasa

Sabar penghilang penat,
     tekun pembawa dekat.

Bermaksud :

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan untuk digunapakai bagi AJK/Pembawa dulang cenderamata dalam sesuatu majlis? Kebiasaannya saya menggunakan perkataan gadis dulang sahaja. Adakah perkataan lain yang lebih tepat?
Belum ada istilah khusus untuk pembawa dulang cenderamata dalam sesuatu majlis. Kami mencadangkan ‘pembawa dulang’ kerana lebih selaras dengan ‘penyambut tetamu’ berbanding ‘gadis dulang’ yang pada hakikatnya pembawa dulang boleh sahaja lelaki atau perempuan.
Istilah24.04.2017
Apakah terjemahan bagi ayat ini? "Kau kena beli 'baby carrier' sekali. Senang nak bawa anak kau kat mana-mana nanti."Cadangan terjemahan yang sesuai bagi baby carrier ialah "pembawa bayi" atau "penggendong bayi" mengikut kesesuaian konsep alat yang digunakan.Makna09.07.2022
Apakah istilah yang sesuai untuk gadis yang membawa dulang hadiah di atas pentas ?Cadangan istilah untuk gadis yang membawa dulang hadiah di atas pentas ialah pembawa dulang hadiah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.04.2024
Saudara, Menurut sesetengah 'pakar bahasa', terdapat perbezaan antara kata sendi nama "sejak" dengan "semenjak". Namun, apabila saya merujuk kepada Tatabahasa Dewan, saya tidak dapat mengesan apa-apa perbezaannya. Malah, kedua-dua kata sendi nama itu ditakrifkan sebagai pembawa maksud penanda waktu atau masa. Contoh-contoh ayat : 342 hingga 346. Harap mendapat penjelasan daripada saudara. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SANSejak dan semenjak membawa maksud bermula dari, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama.Tatabahasa26.02.2009
Untuk kegunaan majlis rasmi dan sebagai pengacara atau moderator (majlis rasmi dan televisyen), apakah satu kesalahan jika saya memanggil seseorang individu dengan gelaran Prof. Madya sebagai Profesor atau Prof. ? kerana saya dimaklumkan Prof. Madya bukanlah sesuai dipanggil Prof atau Profesor. Namun begitu, ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah, bergantung kepada pembawa gelaran tersebut. Mohon pencerahan.Tuan/puan,

Dalam urusan rasmi, penggunaan bahasa yang betul dan sopan haruslah menggunakan bahasa baku dan standard. Misalnya, penggunaan Prof. Madya perlu disebut dengan sebutan penuh, iaitu Profesor Madya dan tidak boleh disebut dengan sebutan singkatan dan apatah lagi penyalahgunaan dalam gelaran pangkat seseorang.
Lain-lain15.05.2018
Apakah perbezaan maksud antara `penghantar` dengan `pengantar' ? adakah kedua-dua perkataan ini daripada kata dasar `hantar`? Bolehkah ` bahasa pengantar` disilih ganti dengan ` bahasa penghantar` dengan mengekalkan maksud asalnya? terima kasih.

1. Penghantar ialah orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar;

 Pengantar ialah padangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah;

2. Kata dasar bagi penghantar ialah hantar, manakala pengantar ialah antar.

3. Frasa yang betul ialah bahasa pengantar.

Makna09.12.2009
Salam sejahtera. Bagaimanakah cara terjemahan perkataan/frasa yang berkaitan dengan dunia 'magic' ini: 1) Magical blood 2) Wizarding - contohnya, Wizarding World 3) Cauldron - bolehkah diterjemah kepada 'periuk kawah'? 4) Jinx and curse - kedua-duanya bermaksud 'sihir sumpahan'. Bagaimana jika kedua-duanya digunakan dalam ayat yang sama?Tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "magical blood". Sila berikan maksud atau konteks penggunaan perkatan ini supaya kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

wizarding world - dunia sihir/dunia sakti
cauldron - kawah/kenceng
jinx - pembawa sial
curse - sumpahan
Istilah07.09.2016

Kembali ke atas