Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.wa] | ڤمباوا

Definisi : 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.wa] | ڤمباوا

Definisi : 1 orang yg membawa sesuatu: ~ berita. 2 benda yg membawa sesuatu: kuman ~ penyakit. 3 orang yg mengemudikan kenderaan; pemandu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembawa

Peribahasa

Sabar penghilang penat,
     tekun pembawa dekat.

Bermaksud :

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
cecacing rangkaian; Id. cacing jaringan) Cecacing yang boleh tersebar dengan sendiri melalui rangkaian dan berupaya mengeksploitasi ketakteguhan yang terdapat pada hos atau pelayan. Seterusnya hos atau pelayan akan bertindak sebagai pembawa yang akan menyebarkan cecacing ke seluruh dunia. Cecacing rangkaian biasanya menggunakan port 80 yang terbuka untuk sambungan ke laman web untuk penyebaran Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 24 6/6

Kembali ke atas