Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[pem.ba.ya.ngan] | ڤمبايڠن

Definisi : perihal membayang(-bayang)-kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ya.ngan] | ڤمبايڠن

Definisi : perbuatan atau hal membayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembayangan

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Shading-Phongpembayangan PhongTeknologi MaklumatTiadaKaedah paling kompleks yang digunakan untuk menghasilkan kesan bayangan pada keadaan atau latar tiga dimensi. Kaedah ini mentafsirkan kesan pembayangan paling licin dan lebih baik daripada pembayangan Gouraud. Kaedah ini juga dikenali sebagai vektor interpolasi normal.
shading-Gourandpembayangan GourandTeknologi MaklumatTiadaKaedah kompleks yang digunakan untuk membina kesan bayangan pada keadaan atau latar tiga dimensi yang tidak dapat dilakukan oleh kaedah pembayangan rata. Kaedah ini menyembunyikan sempadan di antara poligon untuk menjana kesan pembayangan yang licin atau berterusan. Kaedah yang menggunakan algoritma khas ini menjana kecerunan warna dengan menganalisis warna di setiap sudut tiga segi dan mengira purata warna di kawasan tempat sudut-sudut bertemu.
file shadowingpembayangan failTeknologi MaklumatPerisianProses menyediakan salinan sebenar atau cerminan bagi satu set data. Untuk menjadikan pembayangan fail ini lebih berkesan, bayang perlu wujud di beberapa lokasi fizikal yang berlainan selain di lokasi asal data tersebut. Sekiranya fail pada lokasi asal tidak boleh dicapai, fail tersebut masih boleh diperoleh melalui lokasi bayang yang lain.
shading-flatpembayangan-rataTeknologi MaklumatTiadaKaedah untuk menghasilkan kesan bayangan pada poligon yang akan digunakan untuk menghasilkan imej 3 dimensi. Kaedah pembayangan paling asas yang digunakan untuk objek yang diwarnai dengan satu warna sahaja. Kaedah ringkas ini digunakan untuk menjana kesan bayangan pada keadaan atau latar tiga dimensi dengan menggunakan satu titik sumber cahaya sahaja. Algoritma khas digunakan bagi mengira kesan bayangan yang dihasilkan pada setiap objek (poligon) yang menyebabkan beberapa kesan yang tidak diingini turut terjana. Terdapat juga algoritma yang digunakan untuk mengira dan menjana kesan penyerlahan objek dan proses ini menyebabkan imej kelihatan seperti blok.

shadowingpembayanganFizikTiadaTiada
visualizationpembayangan; penggambaranKomunikasiTiadaTiada
shadowingpembayanganKejuruteraanTiadaTiada
visualizationpembayangan; penggambaranKejuruteraanTiadaTiada
shadowingpembayangan; mengalitPentadbiran PerniagaanTiada2. Mengalit: Mewarnai atau menghitamkan kening, bulu mata dan keliling mata dengan alit mata.
1234

Kembali ke atas