Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ya.ran] | ڤمبايرن

Definisi : perihal (tindakan dsb) membayar, penjelasan (harga barang dll), pelunasan (hutang): ~ harus dilakukan pd akhir bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ya.ran] | ڤمبايرن

Definisi : perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; penjelasan: ~ hutang rumahnya dibuat melalui potongan gaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembayaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IMBANGAN PEMBAYARAN UMUM 
RESIT

Resit ialah pernyataan bertulis tentang

pembayaran yang dilakukan oleh seseorang

kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah

pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang

atau harta yang dipindahkan daripada

pemilikan atau tanggungan seseorang kepada

seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa

sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga

jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian

(apabila sebahagian daripada jumlah penuh

dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu .

UMUM 
MORATORIUM

Moratorium ialah penangguhan sah untuk

pembayaran hutang atau tanggungjawab

kewangan. Ia dicapai melalui dekri perundangan

atau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakan

undang-undang terhadap hutang dan tidak

melepaskan penghutang daripada tanggungjawab

untuk membayar tetapi sekadar menangguhkan

tarikh hutang yang perlu dibayar.

UMUM 
ORANG TEBUSAN

Orang tebusan ialah orang yang ditahan untuk

mendapatkan sesuatu tuntutan pembayaran secara

paksaan bagi memenuhi sesuatu perjanjian atau

tuntutan. Sekiranya perjanjian atau tuntutan itu

tidak ditunaikan, orang tebusan ini mungkin akan

dibunuh.

UMUM 
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM 
TEBUS TALAK

TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali.

BUDAYAKonsep
PASAR RAYA

Pasar raya ialah gedung besar menjual barang

makanan dan pelbagai produk lain. Pelanggan

pasar raya memilih sendiri barang yang diperlukan

dan membayar di kaunter pembayaran. Pasar raya

berbeza daripada kedai runcit terutamanya dari

segi nilai jualan. Sesetengah pasar raya berbentuk

kedai bebas, tetapi kebanyakannya membentuk

cawangan yang dikenali sebagai rangkaian (lihat

Rantaian).

UMUM 
BAYARAN TERTUNDA

Bayaran tertunda ialah pembayaran yang dibuat untuk sesuatu perbelanjaan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
PADI KUNCA

PADI KUNCA, sistem pinjaman melibatkan cara pembayaran dengan hasil padi. Sistem ini diamalkan oleh penanam padi. Pihak yang member hutang kepada petani, seperti orang tengah, tuan tanah dan orang-orang berada dalam kampung, bersedia memberi pinjaman wang berasaskan kemampuan petani membayarnya dengan hasil padi.

BUDAYASistem
JUAL JANJI

JUAL JANJI, pinjaman kewangan yang diamalkan oleh penduduk desa yang memiliki tanah.  Jual janji ini merujuk kepada peminjam yang memiliki tanah bersetuju untuk menjadikan tanah miliknya sebagai sandaran dalam pembayaran pinjaman.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas