Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.da.han] | ڤمبدهن

Definisi : perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupa seseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.da.han] | ڤمبدهن

Definisi : perbuatan atau cara membedah orang-orang sakit (utk menyembuhkannya): Utk menyembuhkan penyakitnya itu, ia terpaksa menjalani ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembedahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu terjemahan paling tepat bagi "transplant surgery" adakah pembedahan pemindahan atau pembedahan transplan, dalam bidang perubatan umum. Terima kasihTerjemahan paling tepat ialah "Pembedahan Transplan"Makna28.04.2014
Salam sejahtera, 'Surgery' vs 'Pembedahan' vs 'Bedah': Laman web Hospital UKM mempunyai "Department of Oral and Maxillofacial Surgery" yang dalam versi Bahasa Melayu ditulis sebagai: 'Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial'. Kamus Istilah Malaysia pula menyatakan "Vascular Surgery" sebagai 'Pembedahan Vaskular", tetapi "Transplantation Surgery" sebagai "Bedah Transplantasi". Manakala Kamus Inggeris-Melayu Dewan menyatakan "Thoracic Surgery" adalah 'Pembedahan Torasik', tetapi Kamus Istilah Malaysia menyatakannya sebagai 'Bedah Toraks'. Soalan saya: Menurut rumus/kaedah/cara DBP, bila boleh saya menggunakan 'surgery' (BI) sebagai (a) pembedahan, dan (b) bedah? Adakah mengikut konteks (apakah konteks tersebut)? 2) Antara 'pembedahan torasik' dan 'bedah toraks', adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? 3)Dalam konteks 'pembedahan mulut', adakah 'pembedahan' kelas kata nama? Manakala dalam 'bedah mulut', adakah 'bedah' itu kelasnya kata kerja? Khidmat nasihat dari pihak DBP terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.Menurut istilah perubatan, surgery diberi padanan sebagai pembedahan atau bedah/surgeri bergantung pada konteks dan penggunaan yang bersesuaian. Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon).Istilah03.02.2012
menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; tuan, terima kasih saya ucapkan dahulu kepada pertolongan tuan. saya masih tidak faham tentang jawaban antara menjalani dan manjalankan. Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu.( menurut kamus, menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;) maka, adakah menjalani lebih sesuai dalam konteks ini? TQBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan. Dalam konteks ayat yang diberikan, doktor  itu telah melaksanakan pembedahan terhadap pesakit. Oleh itu, perkataan yang sesuai ialah menjalankan. Dalam ayat seterusnya, dia (orang tersebut ) yang dibedah atau yang mengalami pembedahan, dan bukan dia yang melaksanakan pembedahan. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menjalani.Makna19.01.2012
Selamat pagi, En. Sulaiman. Saya ingin bertanya, betulkah penggunaan perkataan 'beremosi' dalam ayat berikut. Awak baru menjalani pembedahan, jangan begitu beremosi. Terima kasih.Ayat 'Awak baru menjalani pembedahan, jangan begitu beremosi' adalah betul. Tatabahasa24.12.2010
Assalam tuan, Mohon penjelasan tentang kesalahan ayat di bawah:- Kedua adik-beradik kembar yang telah menyelesaikan pembedahan jantung itu berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat.Ayat yang betul ialah kedua-dua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada dalam keadaan stabil dan selamat. Kedua-dua bukan kedua, dalam bukan di dalam, dan keadaan stabil (buang kata hubung yang). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa25.08.2016
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, terjemahan yang mana lebih sesuai bagi perkataan "dissecting room". Adakah bilik pembelahan atau bilik pembedahan (dari konteks perubatan)? Terima kasihIstilah yang sesuai dalam konteks perubatan ialah bilik pembedahan.Istilah06.05.2014
Assalam tuan, Mohon penjelasan ayat di bawah tentang kesalahan kata, istilah dan tatabahasa Kedua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat.Ayat yang betul ialah kedua-dua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada dalam keadaan stabil dan selamat. Kedua-dua bukan kedua, dalam bukan di dalam, dan keadaan stabil (buang kata hubung yang). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa25.08.2016
saya ingin kepastian bagi jawapan berikut. 1) Beliau yakin bahawa projek kitar semula ini akan mendapat sambutan 2) Saya berharap agar ibu kamu selamat menjalani pembedahan itu. saya nak tahu yang mana subjek dan predikat bagi setiap ayat di atas. terima kasih1) Beliau (subjek) + yakin bahawa projek kitar semula ini akan mendapat sambutan (predikat).
2) Saya  (subjek) + berharap agar ibu kamu selamat menjalani pembedahan itu (predikat). 
Tatabahasa22.05.2015
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata "cannulate, cannulated, decannulation" dalam bidang perubatan. Kata-kata ini tidak wujud dalam PRPM. Hanya perkataan "cannula" ada digunakan, merujuk kepada kanula. contoh penggunaan kata dalam ayat: "I've almost got him cannulated" (situasi: dalam pembedahan jantung dan jantung pesakit berdegup terlalu laju, kanula ada digunakan) terjemahan: proses kanula hampir selesai (saya tak faham penggunaan cannulated di sini, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi semata-mata) "you've done decannulation of the heart today" (situasi: melibatkan pembedahan jantung pesakit) terjemahan: awak buat pembedahan dekanulasi jantung hari ini. (sekali lagi, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi) makna kata daripada theFreeDictionary.com cannulate, cannulated, cannulating "To insert a cannula into (a bodily cavity, duct, or vessel), as for the drainage of fluid or the administration of medication" decannulation "extubation of a cannula" Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Saya juga ingin memohon bantuan DBP untuk mencadangkan sebarang kamus perubatan dalam Bahasa Melayu untuk rujukan. Terima kasih.Salam sejahtera, 1. Cadangan padanan kami ialah: a. cannulate - mengkanulatkan b. cannulated - dikanulat atau terkanulat c. decannulation - pendekanulatan 2. Pihak puan boleh melayari dbpniaga.my untuk melihat buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang sains dan perubatan. Sekian, terima kasih.Istilah02.06.2020
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang.Berikut ayat yang telah diperbaik:

1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan.

 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang.
Tatabahasa16.08.2013
123

Kembali ke atas