Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.da.han] | ڤمبدهن

Definisi : perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupa seseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.da.han] | ڤمبدهن

Definisi : perbuatan atau cara membedah orang-orang sakit (utk menyembuhkannya): Utk menyembuhkan penyakitnya itu, ia terpaksa menjalani ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembedahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBEDAHAN PLASTIK UMUM 
PEMBEDAHAN KOSMETIK UMUM 
PEMBEDAHAN UMUM 
LIGATUR

Ligatur ialah benang yang digunakan dalam

pembedahan untuk mengikat saluran darah

yang mengalami pendarahan. Pakar bedah tidak

menggunakan ligatur secara meluas sehingga

pembedahan yang bebas daripada kuman

dimajukan pada pertengahan tahun 1800-an.

UMUM 
MASTEKTOMI

Mastektomi ialah pembuangan payu dara

melalui pembedahan. Bagi sesetengah kes, tisu

yang mengelilingi payu dara juga dibuang.

UMUM 
NATRIUM TIOPENTON

Natrium tiopenton ialah barbiturat yang

digunakan untuk menyebabkan tidur semasa

pembedahan. Ia adalah anestetik am – iaitu, ubat

yang menyebabkan tidak sedar dan hilang rasa

pada keseluruhan badan.

UMUM 
ANESTETIK

Anestetik merupakan satu cabang perubatan

yang berkaitan dengan penggunaan dadah untuk

menghilangkan kesakitan dan tekanan semasa

pembedahan dan bersalin. Doktor dalam bidang

ini dinamakan pakar bius. Dia menguruskan

dadah yang disebut anestetik.

UMUM 
AMPUTASI

Amputasi merujuk kepada pemotongan tangan atau kaki,

sebahagian daripada tangan atau kaki, atau

bahagian badan yang lain, melalui pembedahan.

Amputasi mungkin perlu dilakukan akibat

kecederaan yang serius, jangkitan, ketumbuhan,

atau penyakit lain.

UMUM 
SUTUR

Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam

pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di

tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke

atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang

digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai

sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera

halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur.

UMUM 
LIGNOKAINA

Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan

rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu.

Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat.

Lignokaina digunakan di dalam pembedahan

dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf

bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling

saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh

yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam

salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun

yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik

untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina

digunakan juga untuk merawat denyutan jantung

yang tidak normal.

UMUM 
123

Kembali ke atas