Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.kal] | ڤمبکل

Definisi : orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.kal] | ڤمبکل

Definisi : orang dll yg membekalkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembekal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SILA TERJEMAH KEPADA BAHASA JAWI PEMBEKAL RACUN PERTANIAN PENJUAL PEMBEKAL RACUN DAN BAJA PERTANIANEJAAN JAWI BAGI PEMBEKAL RACUN PERTANIAN:

ڤمبکل راچون ڤرتانين




Lain-lain17.02.2020
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PEMBEKAL PERALATAN INDUSTRI 2. KEJURUTERAAN & PEMBEKAL INDUSTRI

Ejaan jawi bagi PEMBEKAL PERALATAN INDUSTRI ialah ڤمبکل ڤرالتن ايندوستري

Ejaan jawi bagi KEJURUTERAAN DAN PEMBEKAL INDUSTRI ialah کجوروتراءن دان ڤمبکل ايندوستري

Ejaan10.12.2019
pembekal secara halal daging baharupembekal daging baharu dan makanan laut halalTatabahasa12.06.2008
Saya ingin bertanya mana satukah ayat yang betul semasa membuat kenyataan tawaran iklan. a) Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal/pengeluar utama. Atau b) Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/pengeluar utama. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Tawaran dipelawa/dibuka kepada pembekal/pengeluar utama.Tatabahasa27.03.2012
Mohon Bantuan perkataan jawi untuk : 1) PEMBEKAL BAHAN BAHAN BAKERISila tukar kepada: PEMBEKAL BAHAN BAKERIڤمبکل باهن باکري ).Ejaan12.12.2019
Adakah frasa kata "pembekal alat-alat otomasi" boleh diguna pakai untuk papan iklan. TQ

Gunakan frasa "Pembekal Peralatan Automasi".

Istilah29.09.2011
Salam sejahtera , Saya ingin dapatkan ejaan jawi untuk PEMBEKAL BARANG PENGIKLANANEjaan Jawi bagi perkataan PEMBEKAL BARANG PENGIKLANAN ialah ڤمبکل بارڠ ڤڠيعلانن

Ejaan18.08.2021
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI PEMBEKAL AIS BATU

  Pembekal Air Batu -
ڤمبکل  أير  باتو
   

          

Ejaan06.12.2019
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PEMBEKAL AIS BATUSalam sejahtera,

Frasa yang betul ialah air batu bukan ais batu.

PEMBEKAL - ڤمبکل

AIR - اءير

BATU - باتو


Sekian, terima kasih.
Lain-lain10.12.2019
Tolong menterjemahkan perkataan di bawah ke bahasa melayu untuk kegunaan papan iklan: Pembekal alat-alat "Hardware and machinery" Sekian, terima kasih.Terjemahan yang betul ialah: Pembekal Barang Logam dan Peralatan JenteraLain-lain31.10.2011
1234

Kembali ke atas