Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.la] | ڤمبلا

Definisi : orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.la] | ڤمبلا

Definisi : orang yg membela: ~ itik (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.la] | ڤمبلا

Definisi : orang yg membela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pem.be.la] | ڤمبلا

Definisi : orang yg membela: ~ ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembela


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin tahu maksud patriot, patrotik,patrionisem.Makna perkatan patriot ialah orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Patrotik tidak wujud dalam bahasa Melayu (mungkin kesalahan ejaan semasa menaip). Ejaan yang betulnya ialah patriotik yang bermakna bersifat patriot. Perkataan 'patrionisem' juga tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berkemungkinan ejaannya salah. Ejaan yang betul ialah patriotisme yang bermaksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna13.09.2008
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahan­kan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, se­mangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing.Makna07.08.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan patriotik? Sila jelaskan secara lebih terperinci.

Perkataan patriotik berasal daripada perkataan patriot yang bermaksud orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala patriotik bermaksud bersifat patriot. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna16.04.2009

Kembali ke atas