Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembentangan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2)Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3)Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini.1) Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan.
2) Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi.
3) Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini.
Tatabahasa01.04.2014
1.Apakah tatabahasa yang betul untuk tajuk pembentangan kertas kerja: "Menaik Taraf Jalan ..." atau Penaiktarafan Jalan...". 2. MAna satu yang betul ejaannya : Eko-ilmiah atau ekoilmiah. Terima kasih.

Kebiasaanya, bagi tajuk kertas kerja kita menggunakan kata nama yang didokong oleh imbuhan PeN-...an.  DBP mencadangkan tajuk “ Penaiktarafan Jalan...” sebagai tajuk. Ejaan yang betul ialah ekoilmiah, tapi mohon diberikan konteks penggunaannya kerana makna perkataan ini tidak jelas.  Sebagai contoh, ekopelancongan ialah pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi.

Makna03.03.2014
1. Apakah maksud perucapan awam dan perbezaannya dengan ceramah? 2. Antara" tip-tip" dan "tips" yang mana satu betul untuk digunakan?

Encik Mohamad Noor,

Untuk makluman saudara, ceramah, syarahan, pembentangan kertas kerja, taklimat, kuliah dan sebagainya merupakan bentuk pengucapan awam. Oleh yang demikian tidak ada perbezaan antara kedua-dua ini. Bagi soalan kedua, perkataan yang betul ialah "panduan" bukan "tip-tip" atau "tips".    

Lain-lain06.02.2010
selamat sejahtera saya ingin bertanya mengenai tajuk pembentangan yang bertajuk 'Warga yang Berbudaya,Memahami Tradisi Bangsa'.Apakah yang perlu saya bincangkan mengenai tajuk tersebut?Sila rujuk bahan ini : 1. Warga yang berbudaya, memahami tradisi bangsa oleh AGA Dewan Budaya 01/01/2007. 2. Budaya identiti bangsa [diwawancara oleh Ghafar Abdullah] A. Aziz Deraman Dewan Budaya 01/10/1986. 3. Cabaran dan masa depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan A. Aziz Deraman Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 01/12/2004. 4. Menghayati budaya bangsa Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/2004 TLain-lain07.08.2007
saya, pelajar asing yang mengambil kelas Bahasa Melayu 1, untuk keperluan akademik. soalan saya : bagaimanakah kita dapat menulis bahasa melayu dengan betul, dalam penulisan laporan, thesis dan sebagainya. kedua pembentangan kertas kerja menggunakan bahasa melayu formal atau tak formal? misalnya: saya atau saye ( dalam pengucapan ). terima kasih

Misinem terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 Untuk soalan pertama Sdr. sepatutnya  lebih banyak membuat rujukan daripada hasil tulisan pakar dalam bidang bahasa/. Buku rujukan mengenai bahasa dan penulisan memang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Bagi soalan kedua sama ada saya atau saye bukanlah menjadi suatu masalah yang besar. Sekira Sdr. lebih selesa menggunakan sebutan baku maka sudah tentulah bunyi saya, akan tetapi jika hendaka bercakap mengikut gaya sebutan rakyat tempatan - tujuan perbualan , boleh sahaja kita sebut saye. Terima kasih 

 

Lain-lain15.10.2009
Adakah boleh saya terjemahkan istilah "The Crowd Puller Events" kepada Acara-Acara Menarik? Atau perlu terjemahan yang lebih terperinci? Frasa ini merupakan tajuk pembentangan.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "The Crowd Puller Events" ialah 

1. Acara-acara Menarik
2. Acara Tarikan Ramai

(Penggunaannya bergantung pada konteks ayat)
Lain-lain04.07.2023
aya rakayat Malaysia yang kini menetap di luar negara. saya amat prihatin dan berminat terhadap perkembangan bahasa Melayu dan kemajuan tamandun Melayu di Malaysia dan alam Melayu. Saya juga kerap melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat yang berkenaan. Baru-baru ini saya tertonton video Youtube ini https://www.youtube.com/watch?v=yjd9MRPHBQY yang mengenai temubual dengan Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah DBP tentang Konvesyen Ketamadunan Dunia 1.0: "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu". Saya amat teruja dengan persetujuan dengan cadangan pengacara supaya DBP dijadikan satu platform penerus warisan dengan menyebarkan pembentangan, percambahan dan perkongsian dalam kovensyen tersebut dapat disebarkan kepada semua khalayak. Sayang sekali, video-video/ maklumat-maklumat berkenaan masih tidak disebarkan dalam lama sesawang seperti Youtube atau portal DBP sendiri. Adakah DBP akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat ini?Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami kemukakan kepada bahagian yang berwenang untuk penambahbaikan promosi kegiatan kebahasaan di seluruh negara. Syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini.Lain-lain14.02.2017

Kembali ke atas