Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ben.tu.kan]/[pem.ben.tu/.kan] | ڤمبنتوقن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ben.tu.kan]/[pem.ben.tu/.kan] | ڤمبنتوقن

Definisi : perbuatan atau hal membentuk: ~ syarikat kerjasama tsb telah mendapat sokongan drpd segenap penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembentukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
asalamualaikum... apakah proses pembentukan kata?Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan kata perkataan melibatkan pengimbuhan.  Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 45-47 dan 303-319.Tatabahasa28.07.2018
SALAM SEJAHTERA. Saya memilki beberapa kemusykilan dalam bidang morfoolgi dalam pembentukan kata.Pembentukan kata bermula daripada kata tunggal dan boleh diperluaskan.Pertanyaan saya adalah berkaitan dengan proses imbuhan. Adakah perkataan ganjaran ini berasal daripada kata dasar ganjar? Dan seterusnya,adakah kata dasar ganjar dengan perkataan ganjaran memiliki kaitan dari aspek makna. sekian.

Kata dasar ganjar menerima akhiran -an dan menerbitkan kata terbitan ganjaran. Kata ganjaran berasal daripada perkataan ganjar dan mempunyai perkaitan makna yang sama, iaitu ganjar ( membalas jasa dengan hadiah atau memberi balasan); ganjaran ialah hadiah untuk perbuatan baik dll. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di bawah entri ganjar.( Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tatabahasa11.03.2018
aspek kesalahan bahasa secara umumKesalahan bahasa secara umum merangkumi aspek pembentukan kata, pembentukan ayat, ejaan, tanda baca dan laras bahasa. Sila rujuk buku - buku yang berkaitan aspek ini yang ada di pasaran, misalnya buku Kesalahan Umum Tatabahasa oleh Dr. Awang Sariyan.Tatabahasa24.09.2009
tolong jelaskan kepada saya tentang konsep pembentukan kata dan jenis pembentukan kata.Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. COntoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus.Tatabahasa22.02.2010
Mengapakah istilah backhoe dipadankan dengan pengorek-kaut? Mengapakah pola pembentukan jentuai, jentarik, jentolak dan jengkaut tidak digunakan dalam pembentukan istilah bagi backhoe? (Jengkorek-kaut)Untuk makluman tuan, jentarik terhasil daripada perkatan jentera + tarik, jentolak daripada jentera + tolak dan sebagainya. Perkataan jengkaut tiada dalam bahasa Melayu dan tidak terhasil seperti pembentukan perkataan jentolak, jentarik dan lain-lain, yakni bukan terhasil daripada jentera + kaut. Ahli dalam bidang tersebut telah memutuskan perkataan pengorek kaut sebagai padanan bahasa Melayu bagi backhoe.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2018
Assalamualikum dan selamat sejahtera. Dewan bahasa dan Pustaka merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa pertanyaan mengenai peristilahan: 1. Apakah proses penting bagi DBP dalam pembentukan sesuatu istilah? 2. Bagaimanakah DBP memilih sesuatu istilah terutamanya yang wujud dari media sosial untuk dibentuk? Adakah dengan melihat dari segi populariti penggunaannya atau aspek lain?Waalaikumsalam wbt. Terima kasih atas persoalan tentang pembentukan istilah DBP. Bagi soalan yang pertama, terdapat beberapa langkah yang penting untuk menggubal sesuatu istilah. Boleh rujuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu yang menggariskan beberapa langkah dalam proses pembentukan istilah, iaitu: 1. Perkataan bahasa Melayu yang lazim digunakan (umum). 2. Perkataan bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. 3. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim digunakan. 4. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang tidak lazim digunakan. 5. Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. 6. Penggunaan perkataan daripada bahasa lain (Arab, Latin dan lain-lain). 7. Membuat pemilihan terbaik mengikut tertib antara langkah pertama hingga langkah keenam. Bagi soalan kedua pula, pihak DBP tidak hanya melihat populariti istilah di media sosial sahaja tetapi banyak faktor lain dalam menggubal padanan istilah bahasa Melayu, antaranya: 1. Melihat kepada konsep dalam bahasa sumber berdasarkan rujukan kamus dan korpus tempatan dan luar negara (Oxford, Collins, Cambridge). 2. Kepentingan istilah dalam pelbagai bidang baharu dan sedia ada, contohnya istilah-istilah dalam bidang Kecerdasan Buatan, Robotik dan sebagainya. 3. Kekerapan penggunaan istilah dalam korpus tempatan dan luar negara sama ada dalam bentuk penulisan ilmiah, berita dan artikel. Sekian.Lain-lain16.10.2020
Bagaimanakah pembentukan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu?? Mengapakah terdapat perkataan yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu mempunyai perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak digunakan tetapi penggunaan bahasa Inggeris yang diserapkan digunapakai dalam penulisan serta komunikasi?Pihak DBP menerima bentuk kata pinjaman bertujuan untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Pada dasarnya kata yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, khususnya kata dalam bidang sains dan teknologi dibentuk melalui penyerapan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Pengguna bahasa sepatutnya dapat membezakan keperluan menggunakan kata asli dalam bahasa Melayu dan penggunaan kata pinjaman dalam urusan harian mereka.Tatabahasa27.03.2013
Bagaimanakah proses pemilihan pinjaman bahasa dibuat?

Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila:

1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan.

2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks.

3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya.

4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Tatabahasa10.08.2022
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif?

Puan Rabiatul Adawiyah,

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan.

Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa

Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan

Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan

Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk.

untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih

 

 

Tatabahasa17.03.2010
Senaraikan pembentukan kata dalam cerpen Seintimnya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Julai 2003Dalam hal tersebut sdr bolehlah menyenaraikan pembentukan kata dalam cerpen "Seintimnya" dan mengemukakan kepada pihak kami untuk semakan. Sekian, terima kasih. Lain-lain17.02.2009
12345678910...

Kembali ke atas