Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Plant documentationDokumentasi tumbuhanPertanianTiadaAktiviti mengumpul maklumat mengenai tumbuhan daripada pemberi maklumat yang berpengetahuan seperti penduduk tempatan, pengamal perubatan tradisional dan pengumpul sumber tumbuhan. Maklumat yang dikumpul ialah nama tempatan, bahagian pokok yang digunakan untuk merawat penyakit, kaedah menyediakan bahan ubat, jenis penyakit yang diubati, kekerapan penggunaan dan pantang larang yang perlu diikuti sepanjang tempoh berubat, gejala penyakit, morfologi pokok dan habitat. Dokumentasi amat penting untuk merekodkan secara bertulis ilmu mengenai tumbuhan yang telah diwarisi sejak turun temurun.
plant documentationdokumentasi tumbuhanHerbaBotani dan BioteknologiAktiviti mengumpul maklumat mengenai tumbuhan daripada pemberi maklumat yang berpengetahuan seperti penduduk tempatan, pengamal perubatan tradisional dan pengumpul sumber tumbuhan. Maklumat yang dikumpul ialah nama tempatan, bahagian pokok yang digunakan untuk merawat penyakit, kaedah menyediakan bahan ubat, jenis penyakit yang diubati, kekerapan penggunaan dan pantang larang yang perlu diikuti sepanjang tempoh berubat, gejala penyakit, morfologi pokok dan habitat. Dokumentasi amat penting untuk merekodkan secara bertulis ilmu mengenai tumbuhan yang telah diwarisi sejak turun-temurun.
media scenesuasana mediaKomunikasiKorporatKeadaan di sesuatu tempat atau acara yang dirancang untuk memberikan ruang kepada pihak media untuk melaksanakan tugas dengan lancar. Perancangan dilakukan dari segi penyediaan ruang, kedudukan set fizikal, dan kemudahan untuk mendapatkan dan memproses maklumat. Antara aktiviti yang berlaku dalam suasana media termasuklah rakaman ucapan, taklimat, temu bual antara pemberita dengan pemberi maklumat, pengumpulan maklum balas, pengambilan gambar, dan kemudahan penyediaan peralatan media.
contract giverpemberi kontrakHerbaPeraturan dan PemasaranOrganisasi yang bersetuju untuk memberikan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang kepada penerima kontrak. Amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Penokok Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pemberi kontrak bertanggungjawab untuk menilai kompetensi penerima kontrak, memberikan maklumat yang diperlukan oleh penerima kontrak dan menetapkan spesifikasi supaya penerima kontrak dapat melaksanakan kerja yang diarahkan dengan sepenuhnya. Pemberi kontrak harus menjelaskan sebarang masalah yang berkaitan dengan produk atau kerja yang mungkin menimbulkan bahaya pada premis, peralatan, personel, bahan atau produk yang lain. Pemberi kontrak juga harus memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan oleh penerima kontrak adalah bersesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.
loan proposalcadangan pinjamanPentadbiranTiadaRangka kerja yang dimajukan kepada pemberi pinjam yang meliputi maklumat seperti jumlah pinjaman, tujuan, dan cara bayaran balik pinjaman.

Kembali ke atas