Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.ri.ta.hu] | ڤمبريتاهو

Definisi : orang yg memberitahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.ri.ta.hu] | ڤمبريتاهو

Definisi : orang atau pihak yg memberitahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberitahu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan P.U. (A) dan P.U. (A) i untuk Pemberitahu Undangan ? apakah pula maksud nombor selepas '296' sebagai contoh PU (A) 296?Salam sejahtera,

Terma undang-undang

P.U (A) adalah Pemberitahu Undangan dan kurungan A bermaksud kuasa tersebut diambil daripada Akta Ibu. Ia merupakan perundangan subsidiari kepada Akta Ibu tersebut dan dirujuk sebagai peraturan.

Berkenaan dengan P.U (A) i, berkemungkinan huruf/nombor roman itu membawa maksud jilid kepada peraturan tersebut. Namun begitu, fakta ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Untuk mendapatkan kepastian, boleh dirujuk persoalan ini kepada Jabatan Peguam Negara.

Maksud kepada nombor selepas daripada huruf P.U (A) tersebut membawa maksud bidang/pengkelasan undang-undang sebagai contoh P.U (A) 296 adalah berkenaan dengan Peraturan Pembangunan Perumahan (Pengawalan dan Pelesenan) (Pengecualian). Pembangunan perumahan itu adalah bidang undang-undang yang dibincangkan dalam peraturan tersebut.

Namun begitu, Tuan/Puan disarankan untuk merujuk kembali persoalan ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan tepat.

Sekian.

Lain-lain27.04.2021
Apakah maksud P.U (A) ? selalunya digunakan dalam warta kerajaan.P.U. (A) ialah singkatan untuk Pemberitahu Undangan (A)Lain-lain20.12.2012

Kembali ke atas