Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perbuatan (hal dsb) memberitahu atau memberitahukan; pengumuman. 2 pernyataan utk memberitahu; maklumat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberitahuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya menghadapi masalah mencari terma teknikal untuk banyak kata nama Inggeris untuk teknologi IT seperti "push notification". Terdapat jawapan dari Khidmat Nasihat mengenai "push notification" tetapi cadangan "Pemberitahan Segera" atau "Pemberitahuan Semasa" agak kurang tepat. Saya rasa "Pemberitahuan Dorongan" atau "Pemberitahuan Pacuan" lebih sesuai kerana pemberitahuan ini didorong atau dipacu oleh skrip atau kod yang dihantar dari sistem pelayan pemprosesan awan Google untuk aplikasi tersebut tanpa mengaktifkan aplikasi tersebut dari peranti. Namun, ia juga boleh dipacu oleh aplikasi tersebut apabila ia diaktifkan. Rujukan: https://developers.google.com/web/ilt/pwa/introduction-to-push-notificationsKami mengambil maklum pandangan anda dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP. Sekiranya bersesuaian dan dipersetujui oleh pakar penggubal istilah, kami akan mengemas kini istilah berkenaan. Istilah17.03.2019
Saya mendapati "enable" diterjemah sebagai "mendayakan" di sesetengah laman web. Contoh: Mendayakan pemberitahuan (Enable notification). Adakah terjemahan ini betul? Jika tidak betul, bolehkah ia diterjemah kepada "membolehkan pemberitahuan"? Terima kasih.Dalam Kamus Inggeris Melayu - Dewan, enable diterjemahkan kepada membolehkan seperti ayat he needs an absolute majority to enable him to govern dia perlu mendapat majoriti mutlak utk membolehkannya memerintah; manakala dalam bidang peristilahan, enable diterjemahkan kepada pemboleh seperti enable signal - isyarat pemboleh. Oleh itu, kami berpandangan kedua-dua terjemahan ini boleh digunakan dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat.   
Penyemakan dan penterjemahan26.09.2023
APAKAH MAKSUD PENGUMUMAN DAN JENIS-JENIS PENGUMUMAN SERTA CARA PENGUMUMAN DIBUAT DAN YANG BERKAITAN DENGANNYAPemakluman ialah perihal mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, pemakluman. Pemakluman dibuat sama ada secara lisan atau tulisan yakni melalui elektronik atau media cetak. Jenis pengumuman ialah pemberitahuan/hebahan, promosi, peringatan, kempen, dan sebagainya. Sila rujuk buku bidang komunikasi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.Makna25.02.2008
Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah betul istilah 'pemberitahuan tolak' yang sering digunakan kini untuk 'push notifications'? Adakah terdapat padanan yang lebih baik? terima kasih.A push notification is a message that pops up on a mobile device. App publishers can send them at any time; users don't have to be in the app or using their devices to receive them. They can do a lot of things; for example, they can show the latest sports scores, get a user to take an action, such as downloading a coupon, or let a user know about an event, such as a flash sale.

Waalaikumussalam...
Istilah 'push notifications' masih belum ada dalam data kami lagi. Terjemahan yang sesuai bagi 'push notifications' jika mengikut konsep ialah Pemberitahuan Segera atau Pemberitahuan Semasa lebih sesuai digunakan.
Istilah07.05.2018
Salam Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang paling tepat dalam Bahasa Melayu bagi "E-mail Alerts"? Terima kasihKami mencadangkan E-mail Alerts diterjemahkan kepada Pemberitahuan E-mel atau Notifikasi E-mel (pemberitahuan melalui e-mel).Penyemakan dan penterjemahan26.02.2015
Assalamualaikum. Mohon semak: PEMBERITAHUAN SILA LETAK KERETA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TERHADAP KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN SEBARANG KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM Terima kasih.

Waalaikummussalam..

PEMBERITAHUAN:
 
SILA LETAK KENDERAAN ANDA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM.

YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM.

Tatabahasa07.12.2012
1. mengenengahkan atau mengetengahkan? 2. mensabitkan kesalahan atau menyabitkan kesalahan? 3. menyintai atau mencintai ? 4. pemelajaran atau pembelajaran ? 5. pemeritahuan atau pemberitahuan ?1. mengetengahkan. 2. mensabitkan kesalahan. 3. mencintai. 4. pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. 5. pemberitahuan.Makna21.01.2010
Saya sudah tidak terima pemberitahuan melalui e-mel jika soalan Khidmat Nasihat telah dijawab. Mengapa? Tolong baiki.Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain20.04.2019
Perkataan "wara-wara" bermaksud pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan. Bagaimana pula dengan perkataan "wara"? Apa maksud perkataan itu?Dalam bidang sukan, "wara" bermaksud depan.Makna04.06.2014
saya ingin bertanya, dimanakah saya boleh mendapatkan pemberitahuan ttg jawatan kosong pembantu tadbir di DBP? krn, saya amat berminat utk menjadi kakitgn DBP dan saya merupakan seorang penulis. terima kasih

Sdr,

Maklumat tentang kekosongan jawatan di DBP sering disiarkan melalui laman web DBP dan diiklankan juga melalui akhbar utama berbahasa Melayu.

Lain-lain10.01.2009
123456

Kembali ke atas