Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.ron.ta.kan]/ | ڤمبرونتقن

Definisi : perihal atau perbuatan memberontak (penentangan terhadap kerajaan dll): kerajaan mengenakan perintah berkurung akibat ~ itu; ~ menentang penindasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.ron.ta.kan]/ | ڤمبرونتقن

Definisi : perbuatan menentang sesuatu kuasa yg sah; perbuatan melawan kerajaan dsb: Satu ~ yg besar telah berlaku di negara itu dlm tahun 1956. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberontakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila perhatikan ayat di bawah: Pemberontakan yang dihasut oleh pihak musuh itu telah berjaya diberhentikan oleh pasukan keselamatan negara. Adakah penggunaan 'dihasut' betul dalam ayat ini? Jika tidak, sila betulkan ayat di atas. Terima Kasih.
Perkataan “dihasut” boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Tatabahasa29.04.2019
Saya mohon mendapat istilah yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris seperti berikut: CRIMINAL INSURGENCY Sekian terima kasihKami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

criminal insurgency - pemberontakan jenayah

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain19.06.2021
Makna konstrain

Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: 

 constrain

vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst;

Makna19.06.2009
Apakah makna konstrain

Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: 

 constrain

vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst;

Makna19.06.2009
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?
Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.
Istilah05.07.2013

Kembali ke atas