Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ber.sih] | ڤمبرسيه

Definisi : 1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ber.sih] | ڤمبرسيه

Definisi : 1 orang yg membersihkan; pencuci: ~ jalan raya. 2 orang yg suka dan sentiasa menjaga kebersihan. 3 alat yg digunakan utk membersihkan sesuatu: Kain-kain yg kotor itu kemudian dimasukkan ke dlm mesin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembersih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBERSIH VAKUM UMUM 
PEMBERSIH UDARA UMUM 
MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan

tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk

melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk

menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin

basuh, penyaman udara dan pembersih vakum

termasuk motor elektrik, begitu juga pengering

rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan

gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor

menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain

kelengkapan untuk membolehkan kilang

berjalan lancar.

UMUM 
KUASA ELEKTRIK

Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik

untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan

dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga

dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen,

peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat

rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di

kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi

alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan

kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan

kereta api dan sistem pengangkutan

bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan

kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu

dan mengeringkan rumput kering.

UMUM 
NAFTA

Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri

daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih

di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa

penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat

petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk

melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan

varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan

pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan

gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu

arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada

batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang

digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam

pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen

mudah meletup apabila terdedah kepada api.

UMUM 

Kembali ke atas