Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ber.si.han] | ڤمبرسيهن

Definisi : 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ber.si.han] | ڤمبرسيهن

Definisi : perbuatan membersihkan: Abang saya bekerja di sebuah pusat ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembersihan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. .Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan".Tatabahasa27.04.2013
PEJABAT KONTRAKTOR PEMBERSIHAN



untuk pengesahan iklan sila layari laman web
http://dbpsahbahasa.my/

Lain-lain05.06.2017
aktiviti pembersihan,pekerja perkhidmatan lain aktiviti perundingan pengurusan

Saya telah meneliti lampiran yang disertakan dan mendapati visual tersebut mengandungi kesalahan, iaitu Perkhidmatan yang disediakan tidak dinyatakan dengan jelas. Contoh: PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN.  Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain26.11.2015
SALAM BAHAGIA Bolehkah saya menggunakan : "PEMAKLUMAN PEMOTONGAN PEMBAYARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BULAN NOVEMBER 2017" sebagai tajuk surat rasmi? pernyataan "PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA" tidak boleh diubah kerana telah terkandung di dalam kontrak Sekian terima kasihSalam Sejahtera,

Boleh digunakan.
Lain-lain20.12.2017
Salam, Saya ingin mendapatkan maklumbalas bekenaan terjemahan jabatan berikut: Infrastructure Cleansing and Waste Solutions. Adakah tepat jika diterjemahkan kepada Jabatan Pembersihan Infrastruktur dan Penyelesaian Sisa Pepejal.Infrastructure Cleansing and Waste Solutions sesuai diterjemahkan kepada Jabatan Pembersihan Infrastruktur dan Pengurusan Sisa Pepejal.Makna05.08.2019
land clearing (lombong)Pemugaran Tanah /Pembersihan TanahIstilah13.01.2011
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos.Tatabahasa21.10.2013
1. duck 2. dirty works1. itik 2. kerja pembersihanLain-lain12.11.2008
Salam. Boleh pihak DBP menyemak penggunaan Bahasa di bawah? Berbekalkan pengalaman yang luas, pelbagai keupayaan dalam infrastruktur dan penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri - kami membina hari esok anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. K; kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk semua pelbagai modul perkhidmatan kami. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu.Berbekalkan pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok yang lebih gemilang untuk anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk pelbagai modul perkhidmatan. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. Tatabahasa07.09.2011
Di dalam istilah kejuruteraan "SELF CLEANING" bermaksud "PENYUCIAN SENDIRI". Adakah saya boleh menggunakan "PEMBERSIHAN SENDIRI" sebagai alternatif lain? Perkataan "PENYUCIAN" kelihatan seolah-olah membawa maksud yang menjurus kepada bidang agama (bab bersuci) berbanding kejuruteraan. Terima kasih.Boleh digunakan kerana suci bermakna bersih.Tatabahasa12.04.2010
123

Kembali ke atas