Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.tung] | ڤمبتوڠ

Definisi : 1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembetung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lateral sewerpembetung sisiKejuruteraanTiadaPembetung yang digunakan untuk mengumpul air sisa daripada pembetung bangunan dan membawanya ke pembetung utama.
trunk sewerpembetung sesalurKejuruteraanTiadaPembetung besar yang menerima air sisa daripada pembetung lain untuk olahan seterusnya.
interceptor sewerpembetung pintasKejuruteraanTiadaPembetung yang lebih besar yang digunakan untuk memintas beberapa pembetung sesalur dan menyalirkan air sisa ke pusat olahan atau pelupusan.
intercepting sewerpembetung pintasKejuruteraanTiadaPembetung yang lebih besar yang digunakan untuk memintas beberapa pembetung sesalur dan menyalirkan air sisa ke pusat olahan atau pelupusan.
main sewerpembetung utamaKejuruteraanTiadaPembetung yang mengumpulkan kumbahan daripada kawasan yang besar.
combined sewerpembetung bergabungKejuruteraanTiadaPembetung yang membawa air sisa perbandaran bersama-sama dengan air hujan ke loji olahan.
public sewerpembetung awamKejuruteraanTiadaPembetung yang diselenggarakan oleh penguat kuasa tempatan.
sanitary sewerpembetung sanitariKejuruteraanTiadaPembetung untuk membawa sisa domestik dari kawasan kediaman, sisa cecair dari kawasan industri dan kawasan perdagangan.
pressure sewer systemsistem pembetung tekananKejuruteraanTiadaSistem pembetung yang menggunakan pam untuk mengangkat kumbahan dari kawasan kediaman melalui paip berdiameter kecil ke loji olahan pusat.
building sewerpembetung bangunanKejuruteraanTiadaPaip yang menyambungkan saliran bangunan ke pembetung awam.
12345

Kembali ke atas