Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.tu.ngan] | ڤمبتوڠن

Definisi : 1. kerja-kerja membetung; 2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Kerajaan Pusat memutuskan utk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.tu.ngan] | ڤمبتوڠن

Definisi : 1 perbuatan atau kerja-kerja membetung. 2 sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Sistem ~ telah diswastakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembetungan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYMONS, GEORGE JAMES

Symons, George James (1838–1900), ahli

meteorologi British yang memulakan pengumpulan

statistik hujan pada tahun 1860. Penyelidikannya

menyediakan data kepada jurutera yang terlibat

dalam pembinaan kerja bekalan air dan kerja

pembetungan. Symons lahir di London dan

mendapat pendidikan di Royal School of Mines. Dia

menjadi Setiausaha Royal Meteorological Society

selama 23 tahun dan dua kali menjadi presidennya.

UMUM 
TEROWONG

Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong

digali menembusi bukit dan gunung dan juga di

bawah bandar serta jalan air. Terowong

menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan

landasan kereta api merentangi halangan semula

jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam

perlombongan untuk sampai ke tempat bahan

galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi.

Terowong juga digunakan untuk membekalkan

jumlah air yang banyak untuk loji kuasa

hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan

air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga

terowong digunakan untuk mengangkut sisa

sistem pembetungan.

UMUM 

Kembali ke atas