Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bé.za] | ڤمبيذا

Definisi : (orang, benda) yg membezakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bé.za] | ڤمبيذا

Definisi : 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembeza


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radius of curvaturejejari kelengkunganMekanikGunaanJejari bagi tembereng lengkok pembeza yang membentuk sesuatu lengkung. Dari segi geometri, lengkung terbentuk daripada rentetan tembereng lengkok pembeza dengan setiap tembereng pembeza itu ialah lengkok bagi suatu bulatan yang unik. Jejari bulatan ini merupakan jejari kelengkungan bagi lengkung berkenaan pada titik yang berpadanan dengan kedudukan tembereng itu. Simbol yang digunakan untuk jejari kelengkungan ialah p.
differential side gearsgear tepi pembezaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGear yang terdapat di dalam selongsong pembeza, yang menyirat dengan bahagian aci gandar, dan dipacu oleh pinan gear pembeza.
discriminating powerkuasa pembezaPsikologiPsikologi UmumKemampuan suatu butiran untuk membezakan dua kumpulan kriteria. Contohnya, dalam mengukur ciri-ciri neurotik, kuasa pembeza alat ujian yang digunakan boleh membezakan kelompok neurotik daripada kelompok normal. Kuasa pembeza juga merujuk kepada kuasa sesuatu ujian untuk membezakan dua kelompok subjek dalam satu dimensi yang diukur.
distinctivepembeza; distingtifLinguistikTiadaDistingtif: Sifat pembeza ciri sesuatu unit linguistik yang membezakan satu unit linguistik dengan unit linguistik lain. [fungsian]
distinctive emblemlambang pembezaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTanda yang diiktiraf oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi membezakan pegawai perubatan dan agama, unit dan pengangkutan perubatan, kakitangan dan harta Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa daripada golongan penempur dan objek ketenteraan. Seseorang yang menyasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza telah dikira sebagai melakukan jenayah perang. Seseorang yang menyalahgunakan lambang pembeza juga dianggap telah melakukan jenayah perang. Antara lambang pembeza yang diiktiraf dalam undangundang kemanusiaan antarabangsa ialah palang merah, bulan sabit merah dan kristal merah.
centre of curvaturepusat kelengkunganMekanikGunaanPusat bagi tembereng lengkok pembeza yang berbentuk lengkung. Dari segi geometri, lengkung terbentuk daripada rentetan tembereng lengkok pembeza ds, dengan setiap tembereng ds itu ialah lengkok bagi suatu bulatan yang unik. pusat bulatan itu merupakan pusat kelengkungan bagi lengkung pada titik yang berpadanan dengan kedudukan tembereng.
dynamical analogyanalogi dinamikFizikMekanikKeserupaan bentuk di antara persamaan-persamaan pembeza bagi sitem mekanik, akustik dan elektrik yang memungkinkan penurunan sistem mekanik dan akustik kepada rangkaian elektrik. Persamaan-persamaan pembeza ini dapat diselesaikan dengan kaedah teori litar elektrik.
drivelinerangkaian pemacuKejuruteraanKejuruteraan MekanikSistem pemacu yang terletak di antara kotak gear dengan pembeza dan terdiri daripada satu atau lebih aci pacu. Pemacu ini menghantar kuasa dari aci output enjin ke roda pacuan untuk menggerakkan kenderaan atau mesin. Bahagian sistem penghantaran automobil ini terdiri daripada aci keluaran enjin, sistem cekam, gear pembeza, dan gear gandar dan terus ke roda pacuan.
differentialpembeza; kebezaan;bezaan)FizikTiadaTiada
discriminantpembeza layanFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas