Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bé.za.an] | ڤمبيذاءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) membezakan: ~ gaji laki-laki dan perempuan; pemerhati politik biasanya membuat ~ antara kuasa gergasi dan kuasa kecil; 2. (Bio) perkembangan sel bukan khusus (spt sel embrio haiwan) menjadi sel khusus (spt sel pd organ tertentu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bé.za.an] | ڤمبيذاءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembezaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera tuan, kemusykilan saya; 1. adakah 'differentiation strategy' boleh diterjemahkan kpd strategi pembezaan atau strategi perbezaan? 'differentiation strategy' merupakan strategi yg dgunakan oleh syarikat bagi menampilkan imej dan kualiti produk/servis yg berbeza. 2. adakah 'low cost strategy' boleh diterjemahkan kepada strategi kos rendah. 'low cost strategy' merupakan strategi syarikat untuk menawarkan harga rendah kepada pelanggan. terima kasih.1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "differentiation strategy". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "differentiation" ialah pembezaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah strategi pembezaan.

2. Istilah bahasa Melayu untuk "low cost strategy" ialah strategi kos rendah.
Istilah21.02.2013
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih.

Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web.

Makna25.06.2010
Hi Tuan / Puan, Apakah pembezaan antara membincang dengan berbincang? Terima Kasih.Menurut Kamus Dewan Perdanam, membincang bermaksud membicarakan sesuatu secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah atau isu , mencapai keputusan dan sebagainya. Berbincang pula bermaksud bercakap-cakap dengan seseorang tentang sesuatu perkara penting bagi menyelesaikan isu atau masalah atau mencapai keputusan dan sebagainya.Lain-lain17.09.2023
Assalamualaikum, Bolehkah saya buat pembezaan antara pesewa dan penyewa? - Pesewa: orang yang memberi sewa harta miliknya - Penyewa: orang yang menyewa harta tersebut Adakah ini melanggar apa - apa hukum tatabahasa?Waalaikumussalam...
Dalam data kami istilah pesewa tidak wujud. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud penyewa ialah orang yang menyewa sesebuah rumah tersebut. Istilah yang sesuai bagi merujuk kepada pemilik rumah sewa tersebut ialah pemunya menurut Kamus Pelajar Edisi Keempat  yang bermaksud yang empunya, yang mempunyai, pe­milik atau empunya.
Makna22.12.2016
Penggunaan ialah atau adalah: "Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah/adalah banyak kenderaan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya." 1. Penggunaan yang mana lebih tepat: ialah atau adalah di dalam ayat di atas dan 2. Minta penerangan pembezaan ialah dan adalah dalam penggunaan. Tk.1.   Penggunaan “ialah” lebih sesuai. Namun begitu, ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut:

“Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah bilangan kenderaan yang banyak dan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya.”

2.   Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, “ialah” dan “adalah” tergolong dalam kata pemeri. Penggunaan “ialah” hadir di hadapan frasa nama seperti contoh ayat yang berikut:

i.   Antara perkara yang dibiacarakan dalam buku ini ialah masalah moral negara. (frasa nama)

Manakala “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut:

i.    Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (frasa adjektif)

ii.    Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. (frasa sendi nama)

Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa29.08.2017
Saudara, Apakah istilah-istilah berikut dalam Bahasa Malaysia? 1. tranferable skill 2. classroom management 3. progression & differentiation 4. sequencing 5. computer control Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SANIstilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. kemahiran boleh pindah milik 2. pengurusan bilik darjah 3. pergerakan dan pembezaan. 4. penderetan/penjujukan 5. kawalan komputer.Istilah19.11.2009
Saya dan pelajar telah menjalankan kajian mengenai "COMPUTATIONAL STUDIES IN A CLASS OF NONLINEAR FRACTIONAL DIFFERENTIAL EQUATIONS". Saya ingin mendapat nasihat mengenai tajuk kajian ini di dalam Bahasa Malaysia yang betul "KAJIAN PENGIRAAN BAGI SUATU KELAS PERSAMAAN PEMBEZA PECAHAN TAK LINEAR" terima kasih.Frasa yang betul ialah "KAJIAN PENGIRAAN DALAM KELAS PERSAMAAN PEMBEZAAN PECAHAN TAK LINEAR".Penyemakan dan penterjemahan19.06.2015
bezakan analisis naratif dengan kritikan sastera

Analisis bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. Seluruh karya itu dicerakinkan kepada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan untuk menentukan bentuk, mencari keseimbangan penggunaan, hubungan, dan sebagainya. Jelasnya, proses analisis terhadap sesebuah karya itu terletak terutamanya pada pembezaan dan penelitian yang berasingan terhadap beberapa bahagian atau unsur dan hubungan antara bahagian-bahagian/unsur-unsur tersebut. Naratif pula ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Oleh yang demikian, analisis naratif ialah penghuraian terhadap sesebuah karya.

Kritikan sastera ialah cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengkelas, menghurai dan menilai karya kesusasteraan.  

Lain-lain23.04.2010
Saya pelajar Komunikasi di UIAM Gombak. Beberapa minggu yang lepas saya ada bertanya mengenai buku ini, tetapi tiada sebarang jawapan. Bolehkah saya mendapat salinan buku ini, elektronik atau cetak. Hal ini demikian kerana saya tidak dapat mencari buku ini di mana-mana perpustakaan berdekatan. Buku tersebut ialah: Penulis, Ishak Shari. Tahun dikeluarkan 1990. Tajuk, Ekonomi nelayan: Pengumpulan modal, perubahan teknologi dan pembezaan ekonomi. Dicetak di Kuala Lumpur, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Sila berhubung terus dengan Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Jika tiada dalam senarai pasaran Kedai Buku DBP, tuan boleh hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP di talian 03-21479000.Lain-lain19.05.2015
Selamat sejahtera tuan puan, saya ingin bertanya mengenai perbezaan jenis kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus. Saya keliru dengan kedua-dua jenis kata majmuk ini kerana beberapa sumber rujukan (bahasa Melayu) yang pernah saya baca menyatakan maklumat yang agak berbeza antara satu sama lain. Sebuah buku menyatakan bahawa kata majmuk rangkai kata bebas ialah percantuman kata dasar daripada mana-mana golongan kata manakala kata majmuk istilah khusus merupakan kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu dan jawatan seperti lut sinar (contoh bidang ilmu) dan Naib Canselor (contoh jawatan). Namun begitu, beberapa hari lalu saya terbaca dalam satu kompilasi nota BM STPM (Sem 1-3) berbentuk PDF yang menyatakan kata majmuk rangkai kata bebas terdiri daripada umum dan gelaran. Contohnya, alat tulis (umum), Naib Canselor, dan Raja Muda (gelaran). Kata majmuk istilah khusus pula hanya terdiri daripada kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu. Sumber-sumber rujukan dalam internet yang saya juga baca menyatakan maklumat yang berbeza-beza. Hal ini membuatkan saya keliru. Yang mana satukah maklumat yang betul dan boleh digunakan pada masa kini? Apakah perbezaan di antara kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus? Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyelesaikan kekeliruan saya ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak DBP amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih.Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkai kata bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. Kami berpandangan pembezaan ini berdasarkan konteks penggunaannya, kata majmuk rangkai kata bebas digunakan dalam konteks umum, manakala kata majmuk istilah khusus digunakan dalam wacana ilmiah yang berkaitan dengan peristilahan. Tatabahasa24.05.2020

Kembali ke atas