Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bia.san] | ڤمبياسن

Definisi : perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bia.san] | ڤمبياسن

Definisi : penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembiasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud pembiasan yang betul?

Mengikut data kami, perkataan pembiasan bermaksud penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab.

Makna20.01.2015
Salam Tuan. Saya ada dua soalan. 1.Boleh saya tahu apakah terjemahan bagi frasa "behavioural biases"? Terima kasih. 2.Adakah DBP menyediakan perkhidmatan menyemak tesis Bahasa Melayu? Terima kasih.
Kami mencadangkan "behavioural biases" diterjemahkan sebagai "penyimpangan tingkah laku" atau "pembiasan perilaku", bergantung pada konteks dan konsep penggunaan istilah tersebut.

Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan penyemakan tesis atau disertasi.
Istilah29.08.2020
Adakah perkataan "bias" diterima dalam BM? saya tak nampak rujukan tersebut dalam PRPM. terima kasih.
Perkataan bias ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan maksud seperti yang di bawah, iaitu:


bias بياس [bi⋅jAs]
ktt 1 (bkn hujan, perahu, cahaya dsb) memesong dr arah asal; membias: Maka Tun Telanai dgn kedua-dua buah perahu itu pun biaslah, jatuh ke Brunei.
n 2 hujan, cahaya dsb yg terpesong dr arah asal; biasan: Bias cahaya terkepung di antara kaki Fujiyama dan pohon-pohon kayu yg kelihatan kebirubiruan di sebelah timur.Bias hujan merenjis cermin kaca.

Kata-kata terbitan yang boleh terbentuk daripada bias ialah membias, membiasi, membiaskan, terbias, pembiasan dan pembias. Tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang selanjutnya.
Istilah25.07.2023

Kembali ke atas