Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bia.ya.an] | ڤمبياياءن

Definisi : perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bia.ya.an] | ڤمبياياءن

Definisi : hal atau perbuatan membiayai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembiayaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERUNTUKAN DIRAJA

Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan

negara yang membiayai perbelanjaan

pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United

Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh

Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah.

Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran

cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang

dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta

Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh

menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun

untuk menampung kos yang semakin meningkat.

UMUM 
AL-MUSYARAKAH

Al-Musyarakah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam pembiayaan sesuatu projek atau aktiviti perniagaan. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
AL-MURABAHAH

Al-Murabahah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam pembiayaan pembelian sesuatu aset atau barangan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
AL-MUDHARABAH

Al-Mudharabah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam pengendalian sesuatu skim pelaburan dan pembiayaan sesuatu projek atau aktiviti perniagaan. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
KURSI TUN ABDUL RAZAK

KERUSI TUN ABDUL RAZAK, pembiayaan untuk Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Antarabangsa, University of Ohio oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1980. Kerusi ini didedikasikan kepada Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kerusi ini ditubuhkan bagi meneruskan semangat dan usaha yang telah dibina oleh­nya bagi manfaat manusia sejagat. Kerusi ini ditaja dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan beberapa buah firma Amerika yang beroperasi di Malaysia. Uni­versity of Ohio pula memberi keperluan asas yang lain bagi membiayai seorang sarjana Malaysia untuk bertugas di universiti tersebut.

BAHASAAnugerah/Hadiah

Kembali ke atas