Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bia.ya.an] | ڤمبياياءن

Definisi : perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bia.ya.an] | ڤمبياياءن

Definisi : hal atau perbuatan membiayai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembiayaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bai‘ ‘inah financingpembiayaan bai‘ ‘inahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan tunai yang melibatkan akad pembelian secara hutang dan penjualan semula secara tunai. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan tunai menghubungi bank. ii. Pelanggan membeli aset daripada bank secara hutang. iii. Pelanggan menjualkan semula aset tersebut kepada bank secara tunai. iv. Bank menyerahkan harga jualan tunai kepada pelanggan. Melalui cara ini, pelanggan telah berhutang dengan bank melalui akad hutang tetapi kemudiannya berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai. Harga jualan hutang kepada individu biasanya lebih tinggi daripada belian tunai oleh bank. Kaedah pembiayaan ini diamalkan oleh sesetengah perbankan Islam untuk tujuan pembiayaan peribadi. Penerimaan dari sudut syarak adalah berbeza mengikut mazhab kerana dianggap sebagai helah menghalalkan riba. Walau bagaimanapun, kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak apabila proses jual beli ini melibatkan pihak ketiga yang dikenali sebagai pembiayaan tawarruq.
primary notenota primerEkonomiEkonomi IslamSijil hutang yang merupakan pecahan daripada jumlah nilai pembiayaan. Nilai pembiayaan yang besar akan didenominasikan kepada beberapa sijil yang dijadualkan semula tempoh pembayarannya secara berperingkat. Tujuan didenominasi adalah untuk membolehkan pembayaran hutang dibuat secara berperingkat dan mengelakkan pembayaran yang banyak sekali gus. Sijil yang mempunyai tempoh matang paling pendek akan ditebus terlebih dahulu berbanding sijil yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang. Nota primer tidak boleh diurusniagakan di pasaran peringkat kedua.
equity financingpembiayaan ekuitiEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang diberikan oleh pemilik modal (rabbul mal) kepada mudarib berasaskan ekuiti. Ekuiti ini menggunakan prinsip mudarabah dan musyarakah. Bentuk pembiayaan ini membolehkan mudarib memperoleh dana tanpa berhutang. Hal ini bermakna mudarib tidak perlu membayar semula dana pada jumlah dan tempoh masa tertentu. Namun begitu, kelemahan utama pembiayaan ekuiti ini ialah faedah yang diterima sebagai pemilik menjadi semakin kurang dan kemungkinan berlakunya kehilangan kawalan ke atas perniagaan setelah bilangan rabbul mal bertambah.
tawarruq financingpembiayaan tawarruqEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang melibatkan akad pembelian aset secara hutang dan penjualan semula secara tunai kepada pihak ketiga. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Individu yang ingin mendapatkan wang tunai membeli suatu barang daripada seorang peniaga dengan harga ansuran untuk tempoh tertentu. ii. Individu tersebut menjualkan semula barang berkenaan kepada pihak ketiga secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga beliannya. Melalui cara ini, individu tersebut telah berhutang dengan peniaga melalui akad hutang tetapi berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai daripada pihak ketiga. Kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak kerana akad hutang dan jual beli tunai itu melibatkan pihak yang berlainan.
debt financingpembiayaan hutangEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip hutang seperti qardul hasan, bai‘ murabahah, bai‘ bithaman ajil dan bai‘ muajjal. Bentuk pembiayaan ini membolehkan pelanggan memperoleh aset dengan berhutang. Hal ini bermakna pelanggan perlu membayar semula hutang pada jumlah dan tempoh masa tertentu. Bank tidak berhak memiliki aset tersebut.
allowance for debt financing and lease losseselaun kerugian pembiayaan hutang dan sewaEkonomiEkonomi IslamRizab yang diperuntukkan oleh sesebuah institusi kewangan Islam untuk menampung pembiayaan hutang dan sewa yang luput. Jumlah rizab ini berdasarkan peratusan tertentu daripada jumlah pembiayaan hutang dan sewa yang dikeluarkan. Oleh itu, akaun aset-kontra ditolak daripada pembiayaan hutang dan sewa kasar untuk mendapatkan jumlah pembiayaan hutang dan sewa bersih. Peruntukan ini akan menambahkan perbelanjaan dan mengurangkan perolehan serta modal institusi kewangan Islam.
Islamic export credit refinancingpembiayaan semula kredit eksport IslamEkonomiEkonomi IslamSkim pembiayaan perdagangan eksport yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia dan bank eksport import. Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk membantu pengeksport tempatan dengan cara membiayai semula kos eksport. Pembiayaan dilakukan apabila bil pertukaran berkupon sifar dibayar secara bertangguh oleh bank pengimport, kemudiannya akan dibeli oleh Bank Negara dan bank eksport import berdasarkan akad murabahah. Oleh itu, skim ini secara langsung dapat menggalakkan eksport negara.
Islamic BankBank IslamEkonomiEkonomi IslamInstitusi yang menerima dana dan memberi pembiayaan kepada pelanggan berasaskan prinsip syariah seperti wadi‘ah, mudarabah, musyarakah, ijarah dan bai‘ bithaman ajil. Akaun semasa wadi‘ah, akaun simpanan wadi‘ah dan akaun pelaburan mudarabah merupakan dana yang diterima oleh bank, manakala pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti merupakan dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan. Keuntungan yang diterima oleh bank daripada pembiayaan akan dikongsi bersama dengan penyimpan akaun pelaburan mudarabah mengikut peratusan yang dipersetujui.
mortgage takafultakaful gadai janjiEkonomiEkonomi IslamPelan takaful keluarga yang menyediakan pampasan untuk melunaskan baki pembiayaan perumahan sekiranya peserta meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal. Caruman untuk pelan takaful ini hanya dibuat sekali sahaja oleh peserta, iaitu semasa mengambil pembiayaan perumahan. Jumlah caruman bergantung pada umur peserta, jumlah pembiayaan, kadar keuntungan dan tempoh pembiayaan. Jika peserta melunaskan pembiayaan perumahan lebih awal, maka peserta layak mendapat semula carumannya merangkumi tempoh takaful yang belum lupus tersebut.
murabahah financingpembiayaan murabahahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip murabahah. Bank membeli barangan yang dikehendaki oleh pelanggan dan menjual kepada pelanggan dengan harga kos belian tambah margin. Kos belian dan margin harus diketahui oleh pelanggan. Pelanggan pula bersetuju membayar harga jualan secara ansuran.
12345678910...

Kembali ke atas